Sebanyak 17 kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng dikenal pasti telah muncul di negara ini pada tahun lepas, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, di negeri Selangor pula, laporan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menunjukkan sebanyak 19 daripada keseluruhan 39 kumpulan yang direkodkan masih lagi bergiat aktif.
Bagaimanapun, katanya, hasil usaha komited dan konsisten daripada Jais dan agensi yang berkaitan, sebanyak 246 tangkapan berhubung ajaran sesat telah dijalankan tahun lepas, meningkat berbanding hanya 31 tangkapan pada 2016.
"Inilah gambaran kesungguhan kerajaan dengan kerjasama agensi yang berkaitan bagi memastikan usaha memartabatkan institusi Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam amalan Islam di Malaysia.
"Kita serius menangani ancaman ajaran sesat," katanya semasa berucap pada Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam, Majlis Perundingan Islam (MPI) di sini, hari ini.
Turut hadir pada multaqa itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim; Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid; Timbalan Menteri di JPM, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Pada multaqa itu, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi MPI, turut mengumumkan pelantikan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Ketua Kluster Ekonomi MPI yang baharu, menggantikan Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang meninggal dunia pada Oktober tahun lepas.
Sementara itu, Datuk Seri Ahmad Zahid menyarankan agar peranan ulama dan umarak (pemimpin) terus diperkasakan terutama dalam berhadapan ancaman terhadap pemikiran umat Islam yang hadir dalam pelbagai bentuk.
Katanya, antara serangan tersebut adalah dalam bentuk meragukan ajaran-ajaran Islam yang telah thabit (berlandaskan hadis sahih) melalui fahaman relativisme, pentafsiran semula nas-nas agama dan menggalakkan ijtihad-ijtihad (penyelidikan) baharu.
"Serangan terhadap pemikiran umat Islam juga datang melalui tindakan sesetengah pihak mengangkat sisi praktikal sosiologi melalui fahaman pluralisme, hubungan rentas agama serta aktiviti-aktiviti yang meraikan hak-hak golongan yang dikatakan didiskriminasi seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)," katanya.
Pada multaqa kali keempat yang dihadiri 600 peserta itu, Datuk Seri Ahmad Zahid turut menerima resolusi daripada Kluster Dakwah dan Kluster Pemikiran Islam MPI.
Beliau berkata, resolusi tersebut yang antara lain menyentuh mengenai cabaran pemikiran umat Islam, tidak seharusnya hanya tinggal di atas kertas, tetapi harus dilaksanakan dengan penuh iltizam bukan sahaja oleh kerajaan, malah oleh ulama' dan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2018
DATUK Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima resolusi persidangan daripada Ketua Kluster Pemikiran Islam, Datuk Dr Siddiq Fadzil pada Majlis Penutupan Multaqa Dakwah dan Pemikiran Islam 2018 Majlis Perundingan Islam. - Foto BERNAMA
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Allahyarham Khalid Ibrahim tokoh korporat tinggi integriti - Abdul Hadi
Abdul Hadi berkata, ketika diperkenalkan dengan bekas Menteri Besar Selangor itu pada tahun 2000, beliau tidak menyangka dapat menariknya untuk terjun ke gelanggang politik.
Jenazah Khalid Ibrahim selamat dikebumi
Sultan Selangor berkenan berangkat ke upacara pengebumian jenazah Allahyarham Abdul Khalid di Makan Diraja Shah Alam.
Mengenang Khalid Ibrahim: Sidang DUN Selangor ditangguh 2.30 petang - MB
Kerajaan Selangor hargai sumbangan besar Abdul Khalid kepada negeri itu sepanjang hayat Allahyarham.
Orang ramai beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham Khalid Ibrahim
Sesi ziarah dan penghormatan terakhir dibuka kepada orang ramai hingga jam 1 tengah hari ini.
Mengenang Khalid Ibrahim: 'Sosok disegani bidang korporat, pendidikan dan politik' - Anwar
Menurut Anwar, Allahyarham merupakan seorang pengurus yang cekap ketika bertugas di Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Jenazah Abdul Khalid Ibrahim tiba di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Jenazah Allahyarham Abdul Khalid dijadual dikebumikan di Makam Di Raja Shah Alam pada jam 2 petang ini selepas disolatkan sekali lagi pada jam 1.40 tengah hari.
Pemergian Khalid Ibrahim kehilangan besar buat negara - DAP
Allahyarham juga dikenang sebagai pemimpin kerajaan negeri selepas pembangkang menewaskan BN Selangor buat pertama kali pada 2008.
Jenazah Khalid Ibrahim selesai dimandi, dikafankan
Jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam untuk disolatkan sekali lagi dan memberi peluang kepada rakyat Selangor beri penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim meninggal dunia
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, di sini, malam ini.
Berita pemergian bekas MB Selangor, Khalid Ibrahim tidak benar
Abdul Khalid sebelum ini dilaporkan berada dalam keadaan tidak sihat dan sedang dalam rawatan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).