Lebih 150,000 anggota Skuad Pengguna di seluruh negara akan digerakkan bagi memantau aktiviti perniagaan tidak beretika semasa penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP), tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hassan Malik berkata, skuad berkenaan akan membantu memantau harga barangan dan perkhidmatan, mulai hari ini sehingga 11 Ogos.
"Selain melapor trend harga, bekalan barangan dan perkhidmatan, skuad ini juga bertindak menyebarkan maklumat dan mendidik pengguna mengenai isu kepenggunaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh di Masjid Kariah Taman Desa Anggerik, Juasseh dekat sini, malam tadi.
Turut hadir, anggota DUN Juasseh Datuk Mohamad Razi Kail, Timbalan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Pengarah Urusan Perbadanan Nasional Bhd (PNS) Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin.
Skuad Pengguna, yang merupakan penjenamaan semula kumpulan pemantau harga, dikenali sebagai Sukarelawan Pemantau Harga ketika ditubuhkan pada 2001 serta Rakan Pengguna, berfungsi sebagai 'mata dan telinga' kerajaan dalam memantau harga barangan dan mutu perkhidmatan.
Hasan yang juga anggota Parlimen Kuala Pilah berkata Skuad Pengguna terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat itu, berkhidmat secara sukarela dan menjalankan pemantauan secara santai dan ketika membeli-belah.
Katanya kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana peniaga yang melanggar peraturan dengan mengenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada.
Pada 19 Julai lepas, kementerian menetapkan harga ayam standard pada kadar RM7.70 sekilogram di bawah SKHMP, tahun ini.
Selain itu, 20 jenis barangan turut disenaraikan di bawah SKHMP antaranya, ayam super, ayam standard, daging lembu tempatan, daging lembu import dan daging kerbau import dari India.
Di bawah skim berkenaan, peniaga perlu menjual harga barangan terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditetapkan dan meletakkan tanda harga merah jambu bagi membezakan dengan barangan keperluan lain.
Bernama
Fri Jul 26 2013
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
150,000 skuad pengguna pantau peniaga tidak beretika
Lebih 150,000 anggota Skuad Pengguna di seluruh negara akan pantau aktiviti perniagaan tidak beretika semasa penguatkuasaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP), tahun ini.