Buat julung kalinya, Astro AWANI bakal menyiarkan penampilan sulung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara khas.

Program dikenali sebagai "AI" bakal mendapatkan pandangan peribadi Anwar Ibrahim mengenai isu-isu semasa.

Wawancara selama 15 minit bermula 8.15 malam ini akan dikendalikan oleh pengacara, Ashwad Ismail.

Ingin tahu apa pandangan Anwar Ibrahim mengenai UiTM dan siapakah individu berpangkat 'Tan Sri' yang bertemu beliau yang dikatakan orang kanan Datuk Seri Najib Tun Razak, jangan ketinggalan untuk menonton malam ini!

Teruskan bersama kami di semua platform Astro AWANI -- Saluran 501 Astro AWANI, LIVE TV, Facebook Astro AWANI.