Kira-kira 10 kenderaan rosak teruk apabila dihempap bumbung yang ditiup angin dekat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Setapak, di sini petang Selasa.
Insiden berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang sejak pukul 5 petang.
Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Awam Desa Rejang Mohd Noor Mohd Tahir, bumbung terbabit dipercayai dari tingkat 19.
“Kami berkumpul dengan segera daripada persatuan penduduk dan komuniti setempat dan juga dapatkan bantuan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak polis yang tiba sama dengan unit bantuan kecemasan DBKL untuk sama-sama membantu,” katanya.
Hasil pemeriksaan mendapati dua buah rumah turut terjejas kerana kebocoran.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad turut meninjau lokasi kejadian.
Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak turut ke lapangan bagi mengangkat bumbung yang terjatuh di atas kenderaan.
Astro Awani
Tue Oct 01 2019
Insiden berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang sejak pukul 5 petang. - Foto Astro AWANI
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
10 kenderaan rosak dihempap bumbung PPR
Kira-kira 10 kenderaan rosak teruk apabila dihempap bumbung yang ditiup angin di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang Setapak, di sini petang Selasa.
Maya Karin nafi jadi punca Nik Nazmi bercerai
Nama Maya Karin didakwa menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Dr Imaan Abdul Rahim.
Sudah sampai masanya BTN dimansuhkan - Nik Nazmi
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat bahawa sudah sampai masanya untuk Biro Tatanegara (BTN) dimansuhkan.