ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 25 Mei 2020.

PERKEMBANGAN ISU COVID-19

1) COVID-19: 172 kes baharu, 34 pulih dan tiada kematian

172 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kumulatif virus berkenaan di negara ini sebanyak 7,417 kes.

2) COVID-19: KKM ramal jumlah kes positif bertambah hari ini, esok dan lusa

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, meskipun kes dijangka meningkat, namun rakyat tidak perlu risau kerana ia sudah dibendung sebaiknya.

3) 227 warga asing di 3 kluster DTI positif COVID-19

Seramai 227 orang warga asing di tiga kluster Depoh Tahanan Imigresen (DTI) positif COVID-19.

4) Majlis kahwin di kuil, polis akan panggil penganjur - Ketua Polis Serdang

Polis akan memanggil penganjur upacara perkahwinan di Kuil Nava Sakthi Durgai Amman Paandi, Seri Kembangan yang dilaporkan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dalam masa terdekat.

5) 60,528 pemeriksaan bagi menguatkuasakan pematuhan SOP PKPB

Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan sebanyak 60,528 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh negara, semalam.


NORMAL BAHARU

1) Normal baharu: Graduan perlu kuasai pelbagai kemahiran, hadapi pasca COVID-19

Graduan perlu menyediakan diri untuk mengharungi normal baharu dengan menguasai pelbagai kemahiran sebagai persediaan memasuki fasa pasca COVID-19.

2) Normal baharu: Jauh di mata tapi tetap dekat di hati - Menteri Perpaduan Negara

Meskipun Hari Raya Aidilfitri pada kali ini berbeza dengan sambutan sebelum ini, bahkan kali pertama dalam suasana normal baharu namun jarak fizikal tidak menghalang keakraban ahli keluarga pada Syawal ini, kata Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

3) Ambil tindakan kepada mereka yang buang topeng muka tidak ikut peraturan - Lee Lam Thye

Pihak berwajib disaran mempertimbangkan tindakan undang-undang dikenakan kepada mereka yang sengaja membuang topeng muka tanpa mengikut cara-cara yang tepat.

4) 'Jangan sewenangnya dedah nombor akaun di laman sosial'

Perkara itu dianggap tidak selamat oleh beberapa individu termasuk mereka yang arif dalam bidang tadbir urus internet dan keselamatan siber.

5) PKPB: Terima kasih kerana letak papan tanda 'kami tidak terima tetamu' - Ismail Sabri

Kerajaan hari ini menzahirkan ucapan terima kasih kepada umat Islam yang mematuhi garis panduan ketika meraikan sambutan Syawal pertama, semalam.