ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 Mei 2020.
PERKEMBANGAN ISU COVID-19
1) COVID-19: 78 kes baharu, 63 pulih dan 1 kematian
Sebanyak 63 kes positif COVID-19 telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada Jumaat, menjadikan jumlah kumulatif kes pesakit pulih sepenuhnya sebanyak 5,859 kes.
2) Pegawai positif COVID-19, Muhyiddin jalani kuarantin 14 hari
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari bermula petang ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata salah seorang pegawai yang menghadiri mesyuarat pasca Kabinet di pejabatnya telah disahkan positif COVID-19.
3) Hanya warga asing yang negatif COVID-19 dibenar pulang ke negara asal
Hanya warga asing di Depoh Tahanan Bukit Jalil dan Semenyih yang disahkan negatif COVID-19 akan dihantar pulang semula ke negara asal mereka.
4) COVID-19: Thailand lanjut perintah darurat sehingga 30 Jun
Perkara itu diputuskan pada mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri Jen. Prayuth Chan o-cha yang turut membincangkan kemungkinan memendekkan tempoh perintah berkurung, berbanding 11 malam hingga 4 pagi sekarang ini.
5) Sarawak kembali catat kes positif COVID-19 selepas lapan hari
Sarawak hari ini mencatat satu kes positif terbaharu di Kuching selepas lapan hari tidak mencatatkan sebarang kes positif COVID-19. Kes terbaharu Ini menjadikan jumlah kes positif keseluruhan di negeri itu kepada 545 kes.
NORMAL BAHARU
1) JAKIM keluarkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa PKPB
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerbitkan Kit Panduan Sambutan Aidilfitri di Rumah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mengandungi amalan-amalan yang dituntut kepada umat Islam untuk dilakukan semasa sambutan Aidilfitri.
2) 15 taska di Pulau Pinang dibenar beroperasi bermula Jun
Kerajaan Pulau Pinang membenarkan 15 taman asuhan kanak-kanak (taska) di tempat kerja awam di seluruh negeri itu untuk beroperasi semula bermula 1 Jun ini.
3) Pusat beli-belah di Singapura guna robot 'bunuh' COVID-19
Sebuah pusat beli-belah di Singapura menggunakan robot pintar dalam usaha melawan penularan wabak COVID-19, bukan dengan bahan kimia seperti kebiasaan sebaliknya menggunakan cahaya.
4) Wajarkah kanak-kanak diberitahu tentang wabak COVID-19?
Menyesuaikan diri dengan transisi aktiviti persekolahan dan pekerjaan di rumah mungkin mencabar buat ramai, namun dalam situasi sebegini, kanak-kanak juga turut terikut dengan transisi ini ekoran perubahan semasa.
5) Hanya beraya, tidak boleh bermalam di rumah ahli keluarga lain - Ismail Sabri
Tindakan tetamu bermalam di rumah ahli keluarga yang dikunjungi sebenarnya adalah satu kesalahan kerana melanggar garis panduan serta peraturan yang ditetapkan sebelum ini.
Astro Awani
Fri May 22 2020
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 Mei 2020. - Astro AWANI
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
10 berita tempatan yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 1 Mac 2021.
Berita tempatan pilihan sepanjang Khamis
Antara pelbagai berita yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 11 Feb 2021.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 28 Mei 2020.
10 berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Ahad, 24 Mei 2020.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Sabtu, 23 Mei 2020.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 22 Mei 2020.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 21 Mei 2020.