ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Jumaat, 17 Januari 2020.

1) "Mahu saman saya? Bring it on..." - Yusof Rawther

Bekas pembantu penyelidik di pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Muhammed Yusoff Rawther menegaskan, beliau sedia berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.

2) Ramkarpal sahkan terima arahan Anwar mulakan saman terhadap Yusoff Rawther

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ramkarpal Singh mengesahkan menerima arahan daripada Presiden PKR itu untuk memulakan saman fitnah terhadap Muhammad Yusoff Rawther berkenaan kandungan perisytiharan berkanun (SD) yang dibuat olehnya pada 19 November tahun lalu.

3) 'Saya ahli perniagaan berjaya, tidak perlu RM2 juta' - Tengku Adnan

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memberitahu mahkamah beliau tidak memerlukan wang RM2 juta, kerana beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya sebelum terlibat dalam bidang politik.

4) Adhif Syan kekal digantung jawatan Ketua Armada Selangor

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal menggantung jawatan Adhif Syan Abdullah sebagai Ketua Armada Selangor.

5) Tun Mahathir akui sedang sesuaikan diri dengan terma dalam pendidikan

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui sedang menyesuaikan diri dengan terma-terma dalam portfolio pendidikan yang baharu dipangkunya.

6) Empat pelajar politeknik dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara

Kegembiraan enam pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun bertukar tragedi selepas empat daripada mereka dikhuatiri lemas.

7) 'Rupanya itu petanda dia hendak pergi' - Ibu bayi 5 bulan meninggal dunia di taska

Seorang bayi perempuan berusia 5 bulan meninggal dunia dipercayai sewaktu berada bersama pengasuhnya di sebuah taska di Bukit Jalil, ibu negara pada Khamis.

8) Ngeri... digigit ular ketika sedang 'tunai hajat'

Seorang wanita warga Thailand berdepan detik cemas apabila seekor ular bertindak menyerangnya ketika berada di dalam tandas, Rabu lalu.

9) Influenza: Sebuah kelas pra sekolah di Pulau Pinang ditutup

Sebuah kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal di Kepala Batas, Pulau Pinang ditutup hari ini selepas dua murid di kelas itu dijangkiti influenza.

10) Lima negara mangsa nahas pesawat ditembak Iran tuntut siasatan antarabangsa

Lima negara mangsa nahas pesawat Ukraine yang ditembak jatuh di Tehran minggu lalu mengemukakan rangka kerja melibatkan siasatan dan pampasan kepada negara Iran dalam satu pertemuan yang diadakan di London pada Khamis.