Kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Nam disambung semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. Kedua-dua suspek warga Indonesia Siti Aisyah 25 tahun dan warga Vietnam Doan Thi Huong, 29 tahun tiba di perkarangan mahkamah dengan dikawal ketat.