Tourism Malaysia akan terus agresif mempromosikan tapak menyelam yang menarik di negara ini bagi membolehkan lebih ramai penyelam luar mengunjungi Malaysia.
Misi pertama tahun ini adalah ke Rusia, melalui dutanya, Clement Lee, yang dipertanggungjawabkan untuk memberi penerangan mengenai tapak menyelam yang popular dan terkini di Sabah, Sarawak, Labuan dan Semenanjung.
Pengeluar dan pembekal perkhidmatan dalam industri skuba yang terkemuka di Rusia dan antarabangsa serta peminat akua seperti penyelam skuba, penyelam bebas, peminat aktiviti serampang ikan dan jurufoto dasar laut akan berkumpul di bawah satu bumbung sempena pameran tahunan, Moscow Dive Show pada 1-4 Feb.
"Matlamat pameran ini adalah untuk mewujudkan platform komunikasi yang berkesan untuk perniagaan borong dan runcit, pengembangan rangkaian pengedar, jualan langsung barangan dan perkhidmatan serta lokasi pertemuan tahunan bagi komuniti penyelam dasar laut.
"Saya akan memulakan satu lagi misi promosi ke luar negara untuk memberi penerangan pada acara RuDive, pameran pemborong terbesar industri selaman di Rusia yang berlangsung empat hari, turut dihadiri 20 ejen jemputan khas dan ketua kumpulan di seluruh Rusia yang dijadualkan mendengar taklimat kami," katanya kepada Bernama.
Lee, anak jati Labuan, tersenarai dalam International Scuba Diver Hall of Fame pada 2011 dan dilantik sebagai duta Tourism Malaysia bagi segmen selaman bagi 2017-2019, berkata lokasi menyelam di Malaysia setanding dengan tapak selaman skuba yang popular di seluruh dunia.
Beliau berkata dua pengusaha pusat skuba, Lang Tengah Summer Bay Holiday Resort dan Borneo Divers Mabul Resort serta Timbalan Pengarah Tourism Malaysia (Bahagian Pakej) Yasmin Samsuddin akan menyertai delegasi promosi itu.
"Kami menjangkakan banyak aktiviti promosi semasa acara itu dan kami juga akan menghadiri parti Mega Networking anjuran Crocodile Dive Club yang terkenal di Rusia. Ia adalah peluang terbaik bagi kami semua untuk mengenali ejen menyelam yang berpotensi dan kedai barangan skuba," katanya.
Pada hari terakhir acara itu, Lee juga akan memberi penerangan mengenai tapak skuba dan resort yang menarik di Malaysia.
"Sudah pasti, lokasi menyelam yang popular di Labuan serta penemuan terbaru tapak selaman di Vernon Bank akan saya ketengahkan dalam taklimat saya," katanya.
Tourism Malaysia juga akan mengadakan cabutan bertuah, menawarkan pakej pelancongan dan menyelam yang ditaja Layang Layang Island Resort serta Borneo Divers and Summer Bay Holidays.
"Para penyelam Rusia benar-benar menyukai Malaysia kerana antaranya kemudahan sambungan udara, rakyat Malaysia yang mesra, kepelbagaian etnik dan budaya serta cuaca panas berbanding Rusia.
"Saya sangat positif kita akan dapat menarik minat penyelam Rusia ke Malaysia," katanya dan menambah Tourism Malaysia juga menerima maklum balas yang menggalakkan daripada pemborong dan pengusaha pelancongan, apabila ramai yang mahukan maklumat lanjut dan membuat pertanyaan mengenai pakej istimewa ke Malaysia. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 29 2018
Pulau Sipadan di Sabah merupakan antara destinasi menyelam terunggul di dunia.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Tourism Malaysia terus agresif promosi tapak selaman
Tourism Malaysia akan terus agresif mempromosikan tapak menyelam yang menarik di negara ini bagi membolehkan lebih ramai penyelam luar mengunjungi Malaysia.