Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) meraikan makanan tempatan yang sering menjadi tarikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang di dalam koleksi setem khas 'Makanan Kita' yang bakal dikeluarkan pada 16 Sept.
Ketua Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata adalah menjadi satu kebiasaan untuk melihat semua lapisan masyarakat berkongsi cita rasa yang sama untuk menikmati makanan tempatan di kedai-kedai makan kegemaran masing-masing terutamanya kedai mamak semasa sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang mahupun makan malam
"Bagi saya sendiri, hujung minggu merupakan masa yang amat saya nanti-nantikan kerana ia merupakan hari untuk saya menikmati makanan kegemaran saya iaitu roti canai kuah banjir dan nasi lemak bungkus daun pisang berserta minuman kegemaran saya Teh Tarik kurang manis seusai senaman pagi.
"Menyedari peri pentingnya fungsi makanan di dalam masyarakat kita, Pos Malaysia telah membuat pemilihan pelbagai makanan tempatan dengan cukup teliti dan berhati-hati untuk koleksi siri setem ini.
"Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.
"Sempena sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini, Pos Malaysia ingin mengabadikan makanan-makanan tempatan yang 'Stamp-Worthy' di dalam koleksi khas ini.
"Ini kerana, makanan dengan rakyat Malaysia adalah begitu sinonim sekali," kata beliau dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, koleksi siri setem Makanan Kita memaparkan illustrasi makanan tempatan yang menjadi kegemaran semua orang di seluruh Malaysia seperti nasi lemak bungkus, roti canai, mi kolok, hinava, apam balik, kuih cincin, kuih ketayap, kek lapis, teh tarik, ais krim gula apong, puding kelapa dan bubur cha-cha, di dalam tiga lembaran setem dengan nilai muka 60 sen, 80 sen dan RM1.00.
Sementara itu, pemanis mulut kegemaran rakyat Malaysia iaitu air batu campur (ABC) pula dipaparkan di atas lembaran mini unik yang akan dijual pada harga RM5.00 sekeping.
"Produk Filateli yang lain seperti Sampul Hari Pertama (FDC) dan folder boleh didapati pada 50 sen dan RM6.00 setiap satu. Edisi khas set folder lengkap Makanan Kita boleh dibeli pada harga RM67.40.
"Set lengkap folder siri setem ini didatangkan bersama dengan lembaran setem, lembaran mini bentuk khas ABC serta sampul hari pertama turut boleh dibeli menerusi www.eziemall.com atau kunjungi pejabat pos yang terpilih di seluruh negara atau Galeri Setem di Tingkat Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur," jelasnya.
Para pengumpul setem serta orang ramai digalakkan untuk membuka Akaun Deposit Pesanan Tetap (SODA) kerana ia memberikan kemudahan kepada pengumpul setem untuk membeli setem keluaran baharu pada hari pertama dan produk filateli tanpa perlu beratur di pejabat pos pada hari jualan, menurut kenyataan itu.
Individu yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos seluruh negara atau menerusi dalam talian di www.posonline.com.my.
Maklumat lanjut mengenai produk setem dan filateli boleh didapati dengan menghubungi Unit Setem dan Filateli di talian 03-2267 2267 (sambungan 2000) atau e-melkan pertanyaan kepada [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 13 2019
Makanan adalah salah satu cabang budaya yang paling dekat di hati masyarakat Malaysia. - Gambar hiasan
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah, tegaskan sekali lagi tidak terima gaji
Anwar berkata beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7650/7710 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 ketika ditutup pada Khamis.
[TERKINI] Elaun masuk akaun bank tapi saya tak mahu - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, beliau memulangkan semula elaun diterimanya sebagai Pengerusi Khazanah Nasional Berhad.
Usia Persaraan: KWSP disaran sediakan pinjaman untuk akaun 1 penyimpang
KWSP disaran untuk lebih kreatif bagi membantu penyimpan capai jumlah ideal untuk zaman persaraan, iaitu sekitar RM240,000.
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
Penganalisis Ekonomi Dr Barjoyai Bardai mencadangkan KWSP pertimbang beri pinjaman untuk akaun 1, dengan syarat ia tidak boleh diganggu.
#AWANI745
MoF tiada rekod surat kelulusan Najib
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu, Kementerian Kewangan tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua surat kelulusan yang ditandatangani oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.
#AWANI745
#AWANI745
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
Siri setem 'Makanan Kita' sempena Hari Malaysia
Pemilihan setiap makanan di dalam siri ini adalah berdasarkan kepada populariti makanan tersebut serta cadangan dari orang awam.
Lego Malaysia perkenal binaan mini paparkan budaya Malaysia
LEGO Malaysia melakar sejarah dengan menjadi syarikat pertama menghasilkan empat binaan mini baharu yang memaparkan kemegahan budaya Malaysia.