AWAL minggu ini, pertandingan ratu cantik paling popular Miss Universe 2018 melabuhkan tirai dengan menyaksikan Catriona Gray dari Filipina dinobat sebagai juara.

Bagaimanapun tular perkongsian yang Miss Universe Vietnam mampu beri saingan sengit untuk merangkul kejuaraan sekiranya tidak berlaku kesilapan oleh jurubahasa ketika sesi soal jawab peringkat Top 5.

Mengikut jawapan sebenar yang dikongsi oleh seorang warga Vietnam di Twitter, beberapa kata kunci utama dalam jawapan H’Hen Nie tidak dirungkai dengan baik oleh jurubahasa tersebut.

Kata kunci itu termasuk kesejahteraan dan kesihatan (well-being/health), penderaan seksual (sexual abuse) dan kebebasan (freedom).

Namun jawapan yang diberikan oleh jurubahasa didakwa tidak menggambarkan intipati sebenar mesej yang cuba disampaikan wanita berketurunan Rade yang merupakan kumpulan etnik minoriti di Vietnam.

Saksikan bebenang yang dikongsi oleh pengguna Twitter dengan nama @aintyourputa ini:

Perkongsian bebenang di Twitter ini mendedahkan jawapan sebenar yang diberikan oleh ratu cantik dari Vietnam di pentas Miss Universe 2018.