MUNGKIN kerana gugup dan jarang menggunakan bahasa Inggeris dalam perbualan seharian, ucapan Mohd Faiz Subri ketika menerima Anugerah Puskas di pentas Anugerah Bola Sepak FIFA The Best 2016 di Zurich pada awal Selasa, tidak selancar yang sesetengah pihak harapkan.
Ia bagaimanapun tidak menimbulkan masalah kerana perkara yang penting adalah pencapaian pemain berusia 29 tahun itu telah membanggakan negara.
Namun, apabila sebuah portal berita mengeluarkan satu artikel yang dilihat mengkritik kebolehan berbahasa Inggeris Faiz, ramai yang tampil memberi pandangan.
Antaranya adalah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Joe Najib.
Dalam satu kemas kini status panjang lebar, Joe mempersoalkan etika kewartawanan yang dimiliki penulis artikel berkenaan yang disifatkan seolah-olah mengamalkan double standard.
Ini kerana, kebanyakan atlet, waima juara dunia sekalipun, mempunyai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang 'biasa-biasa' sahaja.
Bukan sahaja atlet, malah penduduk di seluruh dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kebiasaannya tidak menguasai bahasa itu dengan sepenuhnya.
Apa yang penting adalah kejayaan individu seperti Faiz adalah lebih besar, jauh lebih besar mengatasi kekurangannya dalam berbahasa Inggeris.
Mengakhiri statusnya, Joe Najib melontarkan pertanyaan kepada si penulis tentang sumbangannya kepada negara.
"Selain memberikan anda gaji setiap bulan, apa lagi yang anda dapat daripada penguasaan bahasa Inggeris anda yang sangat baik itu?
"Saya tak sanggup nak tanya apa pula sumbangan anda kepada negara," tulisnya.
Status Joe itu telah menerima lebih 27,000 likes dan lebih 7,000 perkongsian.
Madiha Abdullah
Wed Jan 11 2017
Kejayaan individu seperti Faiz, jauh lebih besar mengatasi kekurangannya dalam berbahasa Inggeris.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pertikai kemampuan Faiz Subri berbahasa Inggeris, netizen bidas penulis portal
Masyarakat di seluruh dunia yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, kebiasaannya tidak menguasai bahasa itu dengan sepenuhnya.
Netizen pertahan Faiz Subri apabila segelintir kecohkan isu pakaian, bahasa
Netizen secara umumnya semakin matang dan tidak senang dengan sikap segelintir masyarakat Malaysia yang gemar mencari kesalahan.
Impian tercapai, Faiz Subri rakam swafoto dengan Ronaldo
Faiz sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk berjumpa Ronaldo dalam majlis Anugerah Bola Sepak FIFA The Best 2016.
Catat tontonan tertinggi di YouTube, gol Faiz Subri masih perlukan undian penyokong
Tontonan tertinggi bukan penentu kemenangan kerana pemenang akan dipilih melalui undian di laman web fifa.com.
Anugerah Puskas: Netizen lancar kempen besar-besaran galak undi Faiz Subri
Rakyat Malaysia mahu membantu Faiz Subri lakar sejarah negara dengan memenangi Anugerah Puskas.
Gol ajaib Faiz Subri: Netizen 'tunjuk pandai' ketengah teori masing-masing
Netizen yang teruja dengan jaringan penuh gaya Faiz Subri berkongsi pengetahuan masing-masing mengenai cara gol sedemikian boleh terhasil.
Sepakan percuma kelas dunia Faiz Subri raih perhatian antarabangsa
Netizen dan media antarabangsa yakin jaringan ajaib oleh Mohd Faiz Subri layak diberikan Anugerah Puskas FIFA 2016.