Pereka fesyen selebriti ternama tanah air, Rizman Nordin dan isteri, Nurida Suraya selamat menimang cahaya mata perempuan sekitar pukul 11 pagi Rabu.
Berkongsi berita gembira di laman sosial Instagram peribadinya, Rizman yang juga pengasas jenama fesyen Rizman Ruzaini turut mengumumkan, permata sulungnya dengan Nurida dinamakan sebagai Rizqaa yang membawa maksud rezeki dan kurniaan Allah.
“Bismillahirahmanirahhim…Dengan nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam. Alhamdulillah, telah lahir insan yang di nanti…Princess Rizqaa.
“Rizqaa: A blessing, gift from Almighty (Rizqaa: rezeki, kurniaan Allah).
“Semoga Rizqaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama dan InshaAllah yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” tulis Rizman.
Hantaran berita gembira Rizman itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada sebilangan selebriti yang selama ini sering menggunakan khidmatnya.
Antara yang mengucapkan tahniah ialah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin kepada Rizman.
Sementara Erra Fazira dalam komennya mendoakan Rizqaa akan membesar sebagai anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.
Tidak ketinggalan pelakon terkenal, Rozita Che Wan juga berkongsi kegembiraan dengan kelahiran Rizqaa.
“Tahniah Rizman, ya Allah dah jadi bapa hampa. Semoga anak ini menjadi anak yang soleh… amin,” tulis Rozita.
Pelakon popular, Lisa Surihani juga menyambut kehadiran cahaya mata sulung Rizman dan Nurida dengan ucapan yang menyentuh hati.
“What a cutie! Tahniah Rizman dan wifey, Nurida for the both of your beautiful baby daughter. May she forever be the coolness of your eyes and may she amalkan sadaqa jariah for you both,” titip Lisa lagi.
Selebriti lain seperti Fazura dan suami Fattah Amin, Ziana Zain, Anuar Zain, Datin Umie Aida dan ramai lagi masing-masing juga meraikan kehadiran Rizqaa dengan kesyukuran.
Rizman dan Nurida Suraya yang juga seorang ahli perniagaan disatukan sebagai suami isteri pada 13 September 2019.
Astro Awani
Wed Sep 02 2020
Rizman berkongsi wajah puterinya, Rizqaa di akaun Instagram peribadinya. - Gambar Instagram RIZMAN
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".