SEORANG pelajar dari Rio de Janeiro, Brazil mendakwa merasa malu apabila gambar mesranya bersama pelari pecut tersohor, Usain Bolt trending di media sosial.

Memetik laporan The Telegraph, Jady Duarte, seorang pelajar dari Brazil dan kedua-dua mereka dilaporkan bertemu di sebuah kelab malam di Rio de Janeiro.

Laporan itu berkata Duarte pada awalnya tidak sedar lelaki yang bersama beliau adalah Bolt, sehingga diberitahu oleh rakan-rakannya setelah gambar itu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

VIDEO: Ibu mahu Usain Bolt kahwin

“Ia memberikan impak yang negatif. Saya tidak pernah mahu menjadi terkenal. Saya rasa malu sangat,” akui wanita berusia 20 tahun itu kepada laman web Brazil, Extra.

Sebelum ini, Bolt dikatakan akan melangsungkan perkahwinan bersama teman wanitanya Kasi Bennett, yang telah dikenalinya selama dua tahun.

Pada temasya di Rio, Bolt menjadi atlet pertama untuk menjulang emas dalam tiga edisi Olimpik bagi acara 100 meter, Bolt mengulangi kejayaan sama apabila mudah mendominasi final 200 meter dengan catatan masa 19.78 saat, menewaskan Andre De Grasse dan Christophe Lemaitre.

Susulan kejayaan tersebut, Bolt menegaskan itu mungkin kali terakhir dia bertanding dalam acara 200-meter di samping meluahkan rasa gembira meraih emas Olimpik kelapan dalam kerjayanya.