PERCAYA atau tidak, seekor anjing peliharaan telah menyelamatkan pemiliknya daripada berkunjung ke bandar Wuhan yang merupakan pusat tercetusnya wabak novel koronavirus (2019 n-CoV).
Pastinya tertimbul persoalan, bagaimana anjing perliharaan yang diberikan nama Kimi itu berbuat demikian?
Kimi dikatakan telah mengoyakkan pasport pemiliknya, seorang wanita yang berasal dari Taiwan.
Pada awalnya, wanita tersebut berasa sungguh marah kerana anjingnya bertindak menggigit dan mengoyakkan pasportnya sehingga menyebabkannya terpaksa membatalkan hasratnya melawat bandar di Hubei itu.
Beliau meluahkan perasannya menerusi satu entri di laman Facebook pada 13 Januari lalu.
Ia sebelum menularnya berita mengenai wabak koronovirus itu.
Beberapa hari kemudian, wanita tersebut berasa bersyukur dengan perbuatan Kimi.
Beliau juga terkejut dengan berita penyebaran wabak koronavirus yang sehingga kini telah meragut lebih 800 nyawa.
“Masihkah anda ingat akan pasport saya? Anjing saya telah melindungi saya.
“Selepas mengoyakkan pasport saya, virus tersebut telah merebak ke tempat yang saya ingin pergi.
“Apabila saya fikir kembali, saya berasa sungguh terharu, Nasib baik anjing saya membatalkan kunjungan saya ke situ, katanya menerusi satu muat naik di Facebook.
Pastinya wanita tersebut berasa terhutang nyawa dengan anjing kesayangannya itu.
Setakat Ahad, angka korban akibat koronavirus kini meningkat kepada 814, mengatasi angka kematian akibat Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) 18 tahun lalu.
Wilayah Hubei sahaja mencatat penambahan bilangan kematian sebanyak 89 orang.
Isabelle Leong
Sun Feb 09 2020
Kimi dikatakan telah mengoyakkan pasport pemiliknya, seorang wanita yang berasal dari Taiwan.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
15 mati akibat rabies di Sarawak tahun ini, terbaharu bangkai anjing jadi punca
Sarawak telah mengesan satu lagi kes kematian yang disyaki dijangkiti rabies daripada bangkai anjing dalam tempoh Ogos sehingga 17 Sept tahun ini.
2 lelaki cedera digigit anjing peliharaan
Dua lelaki mengalami kecederaan dengan seorang daripada mereka parah selepas dipercayai digigit anjing peliharaan di Taman Putera Pogun di sini, pada Isnin.
Pihak berkuasa pecah masuk rumah individu dikuarantin, bunuh anjing peliharaan
Wanita itu mendapati pihak berkuasa telah memecah masuk ke rumahnya dan memukul anjing peliharaannya dengan batang besi menerusi rakaman CCTV dari rumahnya.
Wanita mengaku bersalah cuai, sebabkan anjing peliharaan gigit kanak-kanak
Mahkamah menetapkan 25 Oktober depan untuk laporan perubatan mangsa sebelum menjatuhkan hukuman.
Kanak-kanak 4 tahun maut diserang anjing peliharaan
Polis masih menyiasat insiden menyayat hati yang berlaku di halaman belakang rumah keluarga itu di Texas.
Bapa dan anak saling berbunuhan selepas berbalah tentang anjing peliharaan
Perbalahan terjadi di antara mereka berdua sebelum si ayah menembak kaki anaknya selepas mendengar pengakuan lelaki itu.
Koyakkan pasport, anjing selamatkan tuan batal perjalanan ke Wuhan
Pastinya tertimbul persoalan, bagaimana anjing perliharaan yang diberikan nama Kimi itu berbuat demikian?
Kecoh! Wanita pakai kasut, bawa anjing dalam masjid di Bogor
Wanita yang berusia sekitar 50-an tersebut masuk ke dalam Masjid Al Munawaroh, Sentul City dipercayai mencari suaminya yang didakwa bakal berkahwin di situ.
Satu kes baharu gigitan kucing dilapor di Kuala Sepetang
Mangsa gigitan, seorang wanita berumur 41 tahun yang juga pemilik kucing itu, telah mendapat rawatan di Pusat Kesihatan Kuala Sepetang.