Kini Trending menyorot cerita-cerita menarik di laman sosial hari ini antaranya:-

321

#5 BLACKBERRY Q5 MASUKI PASARAN MALAYSIA

Blackberry Malaysia hari ini melancarkan peranti pengganti “Curve” versi Blackberry 10 iaitu Blackberry Q5.

Blackberry Q5 membawakan papan kekunci fizikal Qwerty, selain turut dilengkapi skrin sentuh bersaiz 3.1 inci dan dijana menggunakan cip pemprosesan 1.2 GHz dwi teras.

Blackberry Q5 akan dijual pada harga RM1,299 dan akan ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu merah, putih dan hitam.

Dengan pelancaran Blackberry Q5, ia sekaligus membawa lebih banyak peranti Blackberry 10 di pasaran.


#4 CALON TUAN RUMAH OLIMPIK 2020

Sukan Olimpik 2020 akan berlansung tujuh tahun dari sekarang, namun bahang penganjurannya semakin terasa.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah pun memilih tiga bandar sebagai finalis calon tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan memuatnaik video promosinya ke Youtube.

Bandar-bandar yang terpilih tersebut adalah Istanbul, Tokyo dan Madrid.

Ketiga-tiga finalis tersebut telah pun membuat pembentangan terakhir di hadapan IOC pada Rabu dan keputusan akan diumumkan pada 7 September 2013.

123

#3 MESIR BERGOLAK LAGI

Hangat diperkatakan di laman sosial hari ini adalah penyingkiran Presiden Morsi daripada tampuk kepimpinan Mesir

Tindakan ini juga dikatakan telah meredakan kemarahan penunjuk perasaan yang berhari-hari mengadakan protes.

Ketua Hakim Mahkamah Perlembagaan, Adly Mansour telah dinamakan sebagai Presiden sementara sehingga Pilihan Raya Baru diadakan.


#2 METALLICA SAHKAN KEHADIRAN KE MALAYSIA

Setelah sekian lama berteka-teki, kumpulan rock heavy metal, Metallica menerusi laman rasminya mengumumkan akan membuat persembahan di Kuala Lumpur dalam siri jelajah Asia.

Jika sebelum ini pelbagai tumpuan diberikan kepada Singapura, apabila Metallica mengumumkan bakal mengadakan konsert di Kota Singa itu.

Namun, Metallica membuat kejutan apabila memilih Malaysia terlebih dahulu daripada Singapura.


Metallica akan beraksi di Stadium Merdeka pada 21 Ogos ini iaitu tiga hari sebelum meneruskan jelajahnya ke Singapura.


#1 JIN KONGSI RAHSIA VIDEO 'VIRAL'

Penyampai radio Hitz.FM, Jin yang popular dengan saluran Youtube, Jinny Boy Tv berkongsikan video terbarunya mengenai jerebu dan rahsia kejayaan videonya yang begitu popukar di Youtube.

Video terbarunya berceritakan mengenai bagaimana orang ramai mengambil kesempatan ke atas jerebu dengan menggunakannya sebagai alasan dalam kehidupan.

Jin juga sangat teruja mengenai videonya yang terdahulu iaitu, “ Asian At Work” dan bercadang menjadikannya episod bersiri.

Menyifatkan videonya popular kerana menampilkan isu-isu semasa yang menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Secara keseluruhan, saluran JinnyBoy Tv telah menerima lebih 28 juta tontonan dan lebih 200 ribu peminat telah melanggan salurannya itu.

Untuk mengetahui lebih banyak tumpuan menarik di laman media sosial, jangan lupa saksikan Kini Trending, setiap hari jam 8.15 malam dan ulangan pada 11.45 malam di Astro Awani.