DEMI kasih yang tidak terperi kepada ahli keluarga, seseorang sanggup melakukan apa saja demi memastikan kebahagiaan yang dikasihi, apatah lagi jika ajal orang tersayang itu semakin hampir menjemputnya.
Bagi seorang gadis di Chengdu, China, tiada yang lebih utama dalam hidupnya selain menggembirakan datuk dan nenek yang telah menjaganya sejak kecil lagi.
Fu Xue Wei dibesarkan oleh datuk dan nenek selepas ibu bapanya bercerai ketika usianya 10 tahun.
Kini, setelah usianya mencecah 25 tahun, ada satu permintaan yang sering disuarakan datuknya Fu Qiquan, 87 tahun, iaitu agar cucunya itu segera berkahwin supaya Fu dapat menyaksikan hari bersejarah itu ketika dia masih hidup.
“Sebab saya tidak tahu bila ajal datuk akan tiba dan dapat lihat saya berkahwin, saya mahu pastikan datuk dapat menyaksikannya,” kata Xue.
Walau bagaimanapun, oleh kerana terikat dengan kerjaya, Xue belum bercadang untuk berkahwin dalam masa terdekat.
Namun, bagi menunaikan juga harapan datuknya itu, Xue memilih untuk melakukan sesuatu yang istimewa - bergambar dalam sesi foto perkahwinan bersama datuknya.
Demi kasih pada insan yang telah membesarkannya, Xue sanggup berbelanja sebanyak 3,000 yuan (kira-kira RM1,850) untuk memastikan hasrat datuknya itu tercapai.
Gambar pasangan cucu dan datuk itu menjadi tular di sosial media selepas Xue berkongsi foto tersebut di sebuah laman media sosial di sana.
Selain bergambar, Xue turut membuat tatu wajah datuknya itu pada lengan kanannya.
Agensi
Tue Mar 13 2018
Antara gambar yang diambil Xue bersama datuknya sebagai memenuhi hasrat datuknya. Foto/Media sosial.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Kerana kasih, cucu 'berkahwin' dengan datuk sendiri
Seorang wanita berusia 25 tahun nekad mengambil foto perkahwinan bersama datuknya yang semakin uzur.