Kerajaan Kelantan digesa menarik balik larangan persembahan tarian Mak Yong dan lain-lain bentuk seni tradisional Melayu secara terbuka.
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dalam bidang hak budaya, Karima Bennoune berkata budaya ini yang kaya dengan tradisis sebaliknya perlu dirai dan dihargai kerana ia adalah satu seni pentas yang tertua di dunia.
Beliau berkata langkah-langkah juga perlu diambil bagi meningkatkan kefahaman dan penjelasan tentang maksud amalan-amalan ini, dan sejarahnya yang panjang di Malaysia untuk mengatasi pandangan prejudis mengenainya.
"Oleh kerana Kelantan kaya dengan tradisi seni, sekatan ke atas bentuk seni tradisional yang lain seperti wayang kulit, main puteri dan dikir barat juga perlu ditarik balik. Rakyat harus menikmati persembahannya dan menghargai budaya asli ini yang telah wujud selama berabad-abad," kata beliau pada sidang media mengenai hak-hak budaya Malaysia di sini pada Khamis.
Mak Yong merupakan salah satu persembahan seni tradisi tertua Kelantan dan ia telah diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Sidang media itu diadakan untuk membentangkan dapatan awal Bennoune hasil lawatannya selama 11 hari ke Malaysia yang berakhir hari ini dan menilai usaha untuk melaksanakan hak-hak budaya terutama hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam kehidupan budaya tanpa diskriminasi.
Bennoune yang berada di negara ini atas jemputan kerajaan Malaysia, diberi mandat oleh Majlis Hak Asasi Manusia PBB untuk pemantauan, mengkaji semula, dan memberi nasihat tentang hak-hak budaya di semua negara.
Sementara itu, Bennoune menarik perhatian tentang perlunya menyemak dan menjelaskan kriteria untuk penapisan bjuku dan filem serta menjadikan proses membuat keputusan lebih telus bagi menjamin hak kebudayaan termasuk kebebasan persembahan seni di negara ini.
"Istilah seperti kontroversi atau sensitif adalah terlalu subjektif untuk mematuhi standard antarabangsa mengenai kebebasan bersuara. Di samping itu, lebih banyak sokongan perlu diberikan untuk penerbit filem bebas dan dokumentari termasuk platform dalam media nasonal," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2017
Kerajaan Kelantan digesa menarik balik larangan persembahan tarian Mak Yong dan lain-lain bentuk seni tradisional Melayu secara terbuka. - Gambar fail
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Kelantan mahu perkukuh hubungan dengan kerajaan Persekutuan
Mohd Nassuruddin Daud berkata hubungan antara kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang kukuh penting untuk manfaat semua khususnya rakyat.
Kerajaan Kelantan akur jadi tuan rumah Sukma 2028
Wan Roslan berkata pihaknya juga tidak akan melakukan bantahan terhadap keputusan tersebut.
Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.
Kerajaan Kelantan umum sumbangan RM100,000 untuk Palestin
Kerajaan Kelantan hari ini mengumumkan sumbangan berjumlah RM100,000 melalui Tabung Serambi Mekah sebagai tanda kebersamaan perjuangan membebaskan bumi Palestin daripada kebejatan Zionis.
UMNO Kelantan tak meminta jawatan - Ahmad Jazlan
Walaupun kerajaan Kelantan tidak lagi mempunyai pembangkang selepas kebersamaan UMNO dan Pas, UMNO yang turut mempunyai tujuh ADUN di Dewan Kelantan tidak akan menuntut jawatan.
Kelantan guna duit RM400 juta dari pusat untuk projek rakyat
Kerajaan Kelantan akan mula menggunakan peruntukkan -one off- berjumlah RM400 juta oleh kerajaan Persekutuan.
Kelantan larang permainan Pokemon GO di premis kerajaan
Tindakan akan dikenakan terhadap kakitangan kerajaan atau orang awam yang ditangkap bermain Pokemon GO di premis kerajaan.