Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, harga telefon pintar semakin meningkat sehingga ada yang sanggup menghabiskan AS$1,000 atau lebih, hanya untuk mendapatkan teknologi yang baru.

Kini tidak lagi. Peranti Pixel terbaru keluaran Google iaitu Pixel 3a dan 3a Plus memenuhi semua ciri premium telefon pintar pada harga yang jauh lebih rendah.

Ya, dengan hanya dengan AS$399 (RM1,655), anda dapat menerima ciri penglihatan malam terbaik Pixel pada kamera, bateri penyesuaian, augmented reality (AR) yang dibina di Google Maps, malah disertakan bicu audio!

Google Pixel 3a XL dihadirkan dengan skrin 6 inci jenis OLED FHD+, dengan cip pemprosesan Snapdragon 670, memori sebesar 4GB RAM, ruang storan 64GB, kamera utama 12-Megapixel f/1.8, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri yang berupaya menyimpan kuasa sebanyak 3700 mAh serta disokong oleh pengecasan pantas 18W.


Manakala, Google Pixel 3a dihadirkan dengan skrin 5.6 inci OLED FHD+, dengan cip pemprosesan Snapdragon 670, memori sebesar 4GB RAM, ruang storan 64 dan 128GB, kamera utama 12- Megapixel f/1.8, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri yang berupaya menyimpan kuasa sebanyak 3000 mAh serta yang menyokong pengecasan pantas 18W.

Kedua-dua peranti ini mempunyai bicu audio 3.5mm pada bahagian atas dengan pengimbas cap jari yang diletakkan di bahagian belakang.

Google Pixel 3a dijual dengan harga bermula dari AS$399 (RM1,655) manakala Google Pixel 3a XL bermula dari AS$479 (RM1,988).

Variasi warna Pixel 3a

Warna yang ditawarkan ialah Just Black, Clearly White dan Purple-ish.

Ia dilancarkan di acara tahunan Google I/O, pada awal pagi Rabu di ibu pejabat Google di Mountain View, California, Amerika Syarikat.