Penstriman video secara langsung seperti Periscope dan Facebook Live kian popular.

Hari ini giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggunakan aplikasi itu di laman rasmi Facebook beliau buat pertama kali.

Penstriman itu dilakukan pada lebih kurang jam 6 petang tadi ketika beliau melawat MyFarm Outlet di Presint 7, Putrajaya.

Video berdurasi 2 minit 22 saat itu menunjukkan Najib beramah mesra bersama para peniaga and pengunjung.

Video Facebook Live pertama Najib setakat ini mencatat 59,000 views.

Saya sempat melawat MyFarm Outlet di Presint 7, Putrajaya untuk memantau pelaksanaannya selepas diumumkan dalam Penyesuaian Bajet 2016. Turut bersama ialah Ketua Setiausaha Sulit saya, Tan Sri Shukry.

Posted by Najib Razak


BACA: Mahu cuba penstriman video, Facebook Live? Ini 5 tip untuk anda

Facebook melancarkan ciri ‘Facebook Live’ secara global pada 28 Februari lalu.

Ia memudahkan personaliti terkenal untuk memberi perkembangan sesuatu majlis ataupun sidang media secara langsung kepada pengikutnya di media sosial.