SAINTIS di Amerika Syarikat mendapati ganja ada kaitan dengan tahap kesuburan lelaki.
Bloomberg melaporkan kenyataan berkenaan dibuat berdasarkan kajian terhadap 600 lelaki yang mengunjungi klinik kesuburan bersama pasangan mereka.
Kajian itu menunjukkan lelaki yang mengaku mengambil ganja mempunyai kiraan sperma yang lebih tinggi berbanding lelaki yang bebas ganja.
Ia bertentangan dengan kajian sebelum ini yang menunjukkan penggunaan ganja boleh menjejaskan kesihatan reproduktif pengguna.
Kajian terbaharu ini melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil daripada 662 lelaki di antara tahun 2000 dan 2017.
Daripada jumlah berkenaan, 55 peratus mengaku pernah menghisap ganja dan 44 lagi mengaku pernah menyalahgunakan dadah.
Sementara itu, 11 peratus lagi mengaku masih menggunakan ganja.
Analisis daripada sampel air mani menunjukkan lelaki yang pernah menghisap ganja mempunyai jumlah kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter, berbanding hanya 45.4 juta sel per mililiter pada lelaki yang tidak pernah menghisap ganja.
Penyelidik dari Kolej Kesihatan Awam T.H. Chan di Boston, Amerika Syarikat, Dr Jorge Chavarro berkata dapatan yang luar jangka ini menunjukkan masih banyak yang belum diketahui mengenai kesihatan reproduktif serta kesan ganja kepada kesihatan secara keseluruhan.
“Dapatan ini harus dilihat secara berhati-hati dan ia menunjukkan betapa kajian susulan mengenai kesan penggunaan ganja harus dilakukan,” katanya.
Astro Awani
Wed Feb 06 2019
Kajian terbaharu ini melibatkan 1,143 sampel air mani yang diambil daripada 662 lelaki di antara tahun 2000 dan 2017. -Gambar hiasan
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Cacar monyet: WHO teliti laporan virus dikesan dalam air mani
Saintis dilaporkan mengesan viral DNA dalam air mani beberapa pesakit cacar monyet di Itali dan Jerman.
Lapan kesan tompokan disyaki air mani ditemukan pada sarung tilam di rumah ADUN Tronoh
Mahkamah Tinggi diberitahu sebanyak lapan kesan tompokan disyaki air mani ditemukan pada sarung tilam di rumah ADUN Tronoh Paul Yong yang didakwa merogol pembantu rumahnya.
COVID-19: Koronavirus dikesan dalam air mani pesakit - Penyelidik
Kajian berskala kecil itu bagaimanapun tidak menyatakan sama ada jangkitan boleh berlaku melalui hubungan seks.
Ganja tingkatkan kesuburan lelaki?
Analisis daripada sampel air mani menunjukkan lelaki yang pernah hisap ganja mempunyai jumlah kepadatan sperma sebanyak 62.7 juta sel per mililiter.
Lelaki kerap ejakulasi kurang risiko hidap kanser prostat - kajian
Wujud teori yang menyatakan bahawa air mani yang keluar membantu pertumbuhan sel baharu yang dapat mengurangkan risiko menghidap kanser prostat.