Bekerja dengan lancar, hiburan lebih rancak dan berhubung tanpa sempadan, itu yang ditawarkan dalam ekosistem rangkaian lengkap HUAWEI bersama adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI).

Siapa yang tidak mahukan kelancaran dalam urusan seharian? Dengan adanya produk-produk terbaharu HUAWEI, pengguna bagi jenama telekomunikasi terkemuka China ini turut dapat menikmati kehidupan dengan lebih efisien dan cekap!

Dengan bantuan teknologi AI dibangunkan di dalam peranti, ini yang pengguna HUAWEI dapat nikmati:

Bekerja lebih cekap dengan paparan bersaiz besar

Pengguna HUAWEI boleh bekerja dengan skrin bersaiz lebih besar dengan kolaborasi paparan pelbagai.

Kini pengguna HUAWEI boleh bekerja dengan skrin bersaiz lebih besar dengan kolaborasi paparan pelbagai. Untuk merealisasikannya, pengguna boleh menggunakan model P40 Pro dengan kolaborasi HUAWEI Matebook X Pro atau Matepad Pro.

Kaedah ini sekali gus membolehkan pengguna bekerja dengan lebih efisien dengan paparan telefon pintar pada skrin komputer riba dan Matepad mereka. Malah, ia membolehkan anda menggunakan fungsi kamera dan mikrofon bagi membuat sebarang panggilan melalui telefon pintar.

Fungsi kolaborasi skrin ini turut membolehkan pengguna dengan mudahnya menarik serta memindahkan fail antara komputer riba dan telefon pintar selain membuat panggilan HUAWEI MEEtime bagi membuat panggilan video lebih jelas dengan skrin lebih besar.

Satu sentuhan sambungan WiFi

Gabungan WIFI AX3 dan siri HUAWEI P40 membolehkan anda nikmati pengalaman penggunaan yang telus, mudah, cepat dan liputan sambungan WiFi yang lebih besar.

Kini tidak perlu lagi rungsing terlupa kata laluan WiFi peribadi anda kerana dengan bantuan HUAWEI AX3, pengguna boleh memperoleh capaian internet dengan hanya satu sentuhan!.

Ya, benar! Telefon pintar siri HUAWEI P40 HUAWEI terbaik dengan HUAWEI WIFI AX3. Anda dapat menikmati kelajuan rangkaian yang menepati standard WiFi 6 yang terkini dengan memiliki kedua-dua peranti ini.

Gabungan WIFI AX3 dan siri HUAWEI P40 membolehkan anda menikmati pengalaman penggunaan yang telus, mudah, cepat dan liputan sambungan WiFi yang lebih besar.

Hujung minggu lebih rancak dengan OneHop Audio Sharing

HUAWEI Sound X merupakan pembesar suara pertama yang menyokong resolusi tinggi ciptaan HUAWEI dan Devialet.

Susun aktiviti hujung minggu anda dan bersantai bersama rakan-rakan serta berhibur dengan lebih rancak dengan pembesar suara HUAWEI Sound X!

HUAWEI Sound X merupakan pembesar suara pertama yang menyokong resolusi tinggi ciptaan HUAWEI dan Devialet. Ia merupakan tambahan kepada fungsi asas pembesar suara AI HUAWEI.

HUAWEI Sound X dilengkapi dengan ciri butang sentuh pada bahagian atas yang membolehkan anda mengaktifkan fungsinya tanpa sebarang masalah.

Sentuh telefon pintar yang mempunyai sokongan NFC dan Bluetooth pada pembesar suara bagi merasai pengalaman ciri OneHop Audio Sharing.

Ini yang bakal anda nikmati dengan HUAWEI Sound X bersama ciri teknologi AI:

Sentuh telefon pintar yang mempunyai sokongan NFC dan Bluetooth pada pembesar suara bagi merasai pengalaman ciri OneHop Audio Sharing bagi model baharu yang lebih interaktif sekali gus menambah nilai HopePod dan Allure.

Sambungan telefon pintar dengan Sound X melalui NFC, pembesar suara tersebut dapat berfungsi sebagai Bluetooth bagi membuat panggilan dan memainkan audio daripada peranti pengguna.

Pembesar suara Sound X turut membolehkan pengguna menjawab panggilan. Muzik yang sedang dimainkan akan jeda (pause) apabila terdapat panggilan masuk dan akan bersambung semula setelah panggilan ditamatkan.

Sambungan automatik muzik kegemaran dengan FREEbuds 3

Dengan HUAWEI Freebuds 3 pengguna boleh berhubung secara automatik apabila menggunakannya pada masa lain.

Bagi menghubungkan HUAWEI Freebuds 3 pengguna hanya perlu klik pada pop-up window4 untuk sambungan. Anda akan dihubungkan secara automatik apabila menggunakannya pada masa lain.

Lakukan sentuhan sebanyak dua kali pada bahagian kanan untuk main atau tukar muzik, atau bahagian kiri jika ingin buka atau tutup fungsi ANC. Muzik akan berhenti secara automatik apabila anda tanggalkan FreeBuds ni dan akan sambung semula apabila memakainya.

Teknologi Smart Charging membolehkan anda menggunakannya di mana jua. Jika anda gunakan pengecas USB Type-C yang biasa, anda boleh menggunakan case FreeBuds ni pada wireless charging mat untuk mengecas dengan cepat tanpa wayar, atau gunakan telefon pintar HUAWEI untuk reverse charging.

Huawei Watch GT2 sebagai jurulatih peribadi anda!

Kekal serlahkan gaya trendy dengan fungsi HUAWEI Watch GT2.


Terus aktif dengan rutin gim anda namun kekal serlahkan gaya trendy dengan fungsi HUAWEI Watch GT2 serta nikmati muzik saat mengangkat dumbbell dengan HUAWEI Freebuds 3!

Kini HUAWEI Watch GT2 berfungsi sebagai jurulatih peribadi anda! Tidak perlu risau kerana peranti ini dapat mengesan kadar degupan jantung dan merekod tahap tekanan ketika melakukan latihan!

HUAWEI Watch GT2 ini dilengkapi dengan 15 modul sukan dan boleh memantau kesihatan anda berdasarkan modul yang berbeza. Tambahan juga, Huawei Watch GT2 mempunyai fungsi tahan air dengan standard 5ATM. Maka, tiada lagi masalah untuk menjawab panggilan telefon ketika berlatih ataupun berenang di mana-mana dan pada bila-bila masa!

Dengan rangkaian peranti diperkenalkan HUAWEI bersama ciri teknologi AI ini, secara jelasnya ia bertindak sebagai pembantu peribadi harian pengguna sekali gus memudahkan urusan anda.

Semua ciri-ciri canggih HUAWEI SHARE ini dibangunkan dengan inspirasi satu sentuhan. Ya, satu tap untuk semua!

Saksikan video HUAWEI di bawah:



Untuk maklumat lanjut, layari laman web HUAWEI. Kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE!