Penggunaan e-dompet akan menjadi trend baharu dalam menjalankan perniagaan kecil dan besar pada masa akan datang yang akan dapat membantu merangsang ekonomi Malaysia.
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata sistem e-dompet dapat menyediakan transaksi yang lebih telus kepada pengguna, penting dalam mewujudkan sistem blok rantai (blockchain) di negara ini.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan data peribadi mereka kerana ia dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
"Semua firma yang memegang data peribadi orang mesti memastikan ia tidak disalahgunakan atau dijual kepada pihak lain atau tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka di bawah akta itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program e-Tunai Rakyat dengan Boost di sebuah pasar raya besar di sini pada Rabu.
Di bawah program itu, mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM100,000 setahun boleh menuntut RM30 sekali sahaja apabila mendaftar sebagai pengguna e-dompet Boost.
Boost adalah satu daripada saluran pembayaran untuk inisiatif kerajaan e-Tunai Rakyat itu selain Touch n' Go dan GrabPay.
Di Sarawak, Boost mempunyai 7,100 peniaga dan 100,000 pengguna aktif manakala di Sibu, sebanyak 17 peniaga telah mendaftarkan diri sebagai peserta dalam sistem e-dompet Boost itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 22 2020
Orang ramai tidak perlu bimbang tentang keselamatan data peribadi mereka kerana ia dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. - Gambar hiasan
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Pengguna data akan diwajibkan lantik pegawai pelindungan data - Annuar
Semua pengguna data juga akan diwajibkan untuk lapor kebocoran data kepada Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam tempoh 72 jam.
Siasat laporan syarikat di China kumpul 1,400 data rakyat Malaysia - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran berhubung laporan itu tidak jelas, dan siasatan perlu dilakukan sebelum mengambil sebarang tindakan.
Kerajaan tidak akan dedah status penyumbang Tabung Harapan
Identiti penyumbang dilindungi oleh Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.
E-dompet, trend masa hadapan dalam perniagaan
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata sistem e-dompet dapat menyediakan transaksi yang lebih telus kepada pengguna, penting dalam mewujudkan sistem blok rantai (blockchain) di negara ini.
Rangka pindaan undang-undang perlindungan data diharap siap tahun ini - Gobind
Ia sebagai kemas kini kepada Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010 untuk memastikan ia sejajar dengan perkembangan baharu dunia.