CUTI persekolahan hujung tahun sudah pun bermula.

Anda buntu memikirkan lokasi percutian bersama dengan keluarga anda? Mahukan pengalaman seperti berada di luar negara walaupun hanya melancong di dalam negara?

Di sini kami cadangkan beberapa destinasi untuk anda sekeluarga.

Bercuti di Malaysia tapi persis di luar negara.

1. Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah



Kalau mahu pengalaman berada di New Zealand, tempahlah tiket untuk menaiki pesawat ke Desa Dairy Farm di Kundasang, Sabah.

Ia menjanjikan pengalaman seolah-olah berada di New Zealand dengan pemandangan seperti dalam iklan tenusu yang sering ditonton di kaca televisyen.

Yang menariknya, produk-produk susu segar juga boleh dinikmati di sini.

BACA : Rakyat Malaysia terus melancong walaupun nilai ringgit susut

2. Colmar Tropicale Resort, Berjaya Hills, Pahang


Destinasi kedua cadangan kami, lokasinya juga tidak jauh dari Kuala Lumpur.

Kurang dari 45 minit pemanduan, anda akan tiba di Perkampungan Perancis, Collmar Tropicale, Bukit Tinggi.

Cuaca dingin dan ketelitian seni bina bangunan seperti di pekan Perancis, lokasi ini sering menjadi tumpuan sewaktu cuti sekolah.

Di lokasi sama, anda boleh berkunjung ke Taman Jepun.

Japanese Village.

A post shared by Colmar Tropicale Berjaya Hills (@colmartropicale) on


Di taman ini, anda akan berpeluang menyewa kimono, makan sushi dan juga merasai urutan gaya Jepun.

Jadi, di sini, bukan sahaja gaya Perancis, tetapi juga pengalaman menjadi sebahagian budaya Jepun akan diperoleh di Bukit Tinggi.

3. Eagle Ranch Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

Mahu bergaya seperti koboi atau Red Indian?


Tidak usah pening kepala memikirkan bajet untuk berkunjung ke Texas, Amerika Syarikat.

Anda bersama keluarga boleh menaiki kuda atau bermalam di khemah Red Indian di resort yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan, ini.

Ternyata Malaysia mempunyai pelbagai destinasi menarik yang menawarkan keseronokan percutian untuk sekeluarga.

BACA : Rakyat Malaysia terus melancong walaupun nilai ringgit susut
L
IHAT : #MataKantaAwani
TONTON : Teh Tarik AWANI 25 Nov 2018