Cip pemprosesan yang lebih pantas, serta meter oksigen darah merupa antara ciri-ciri terbaharu dalam Apple Watch Series 6, yang dijangka bakal menjadi tumpuan dalam Majlis Pelancaran Produk Utama syarikat teknologi global, Apple Inc, untuk tahun ini.
Agensi berita Bloomberg melaporkan, siri terbaharu jam tangan pintar itu akan datang dengan saiz 40mm dan 44mm, dan Apple juga dikatakan akan memperkenalkan model baharu Apple Watch dengan harga yang lebih murah, khusus untuk menghadapi cabaran pesaing seperti Fitbit Inc.
Apple Watch telah menjadi antara produk paling laris bagi gergasi teknologi itu, menjadikan peranti itu sebagai penyumbang terbesar keuntungan Apple dalam segmen aksesori, dan peranti boleh pakai.
Bagi tahun fiskal 2019, segmen itu telah mencatatkan keuntungan sebanyak AS$24.5 bilion (RM101.23 bilion), keuntungan dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya.
Apple juga dikatakan akan melancarkan iPad Air terbaharu selepas kali terakhir diperkenalkan pada Mac, 2019.
Model baharu itu dikatakan menyerupai iPad Pro, tetapi butang 'home' sudah digantikan paparan skrin penuh. Ia juga dilaporkan akan menggunakan cip pemprosesan yang lebih perlahan, dan tidak akan dilengkapi dengan ciri-ciri seperti skrin ProMotion iPad Pro.
Ketika ini iPad Air dijual dengan harga AS$499 (RM2,061.87), jauh lebih murah berbanding harga iPad Pro iaitu AS$799 (RM3,301.47).
Tablet yang menyerupai iPad Pro, tetapi dengan harga yang jauh lebih rendah, dijangka bakal menjadikan iPad Air baharu itu antara produk Apple yang laris pada musim panas akan datang.
Pelancaran Apple Watch Series 6 dan iPad baharu itu akan seiring dengan pelancaran iOS 14, iPadOS14, dan watchOS 7, bulan ini.
Acara khas Apple itu dijadualkan berlangsung di Cupertino, California hari ini (jam 1 pagi, 16 September waktu Malaysia).
Agensi
Tue Sep 15 2020
Apple Watch antara penyumbang terbesar keuntungan Apple dalam segmen aksesori, dan peranti boleh pakai. - Foto apple.com
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek