Ashman Najib dalam satu entri terbaru di Instagramnya merakamkan ucapan istimewa buat Datin Seri Rosmah Mansor sempena ulang tahun kelahiran ibunya itu yang ke-67.

Dalam ucapannya, Ashman menggambarkan bahawa sambutan tahun ini tidak semeriah dulu namun dia tetap bersyukur keluarganya masih bersatu.

Menariknya, Ashman turut berkongsi foto lama kenangan ketika ibunya menyuapkan kek harijadi pada sambutan ulangtahun yang lepas.

Foto berkenaan mendapat 3,900 likes dan menerima lebih dari 150 komen yang turut sama mendoakan selamat ulangtahun buat Rosmah.

Rosmah yang juga isteri kepada bekas perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyambut hari jadinya pada 10 Disember, beliau dilahirkan pada tahun 1951.