#AWANIJr: Alya @ kolam renang

Kali ini adik Alya 9, dari TV PSS MY SKKGB Channel, SK Kompleks Gong Badak,Kuala Nerus, Terengganu akan berkongsi kisah tentang cara mengisi masa lapang sempena cuti persekolahan dengan aktiviti di kolam renang. Aktiviti di kolam renang bersama keluarga merupakan salah satu aktiviti yang positif dan memberi manfaat kepada semua. Jom kita sama sama saksikannya. AWANIJr merupakan inisiatif terbaharu Astro AWANI dalam menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah untuk menyumbang kreativiti mereka dalam bentuk penulisan dan multimedia.