Duchess of Cambridge, Kate Middleton, telah pun memulakan cuti bersalinnya Isnin lalu. Walaupun tiada tarikh tepat diberi pihak istana, namun kita boleh mengagak Kate akan melahirkan anak kedua hasil perkahwinan dengan Putera William bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Ramai yang sudah berteka-teki tentang jantina bayi pasangan diraja ini.

Kami berikan 4 sebab:

George perlukan adik perempuan

Putera George menanti kelahiran adiknya.

Kita telah melihat bagaimana Putera William dan Putera Harry membesar sebagai abang dan adik. Kita perlukan drama baru dalam keluarga diraja ini. George si abang yang protective, mungkin? Tentu seronok untuk disaksikan!

Keinginan William

Putera William

Sebelum Putera George dilahirkan, William dan Kate pernah ditanya rakyat jelata tentang jantina bayi yang diingini mereka. Kate menjawab lelaki, manakala William mahukan perempuan. Jadi memandangkan Kate sudah dapat apa yang dihajati, kini tiba giliran William pula.

Kemunculan pelbagai fesyen

Kate Middleton dan Putera William

Tatkala Putera George dilahirkan, dunia fesyen menjadi begitu obses. Masakan tidak, ibu George sangat stylo, si anak pula tak kalah dalam bergaya. Bayangkan jika bayi kedua ini perempuan, tentunya banyak fesyen yang adorable bakal muncul nanti!

Pewaris kecantikan Kate

Kate diakui antara bakal permaisuri paling cantik di dunia. Keluarga diraja perlukan seseorang untuk mewarisi kecantikan itu. Oh, dan tentu sekali pewaris rambut Kate yang sentiasa nampak cantik terurus itu!