Video  | Hiburan

Miranda Kerr kahwini pengasas Snapchat

Bekas isteri Orlando Bloom, Miranda Kerr, telah sah berkahwin dengan Ketua Pegawai Eksekutif Snapchat, Evan Spiegel pada Ahad. Majlis itu berlangsung di kediaman peragawati itu di Brentwood, California, Amerika Syarikat dan hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat pasangan itu.