PELAKON Zizie Izette mengakui terkejut dijangka bakal melahirkan bayi kembarnya lebih awal dari tarikh sebenar.

Zizie Izette menerusi akaun Instagram (IG)nya memberitahu perkara tersebut selepas membuat pemeriksaan rutin kehamilannya di hospital baru-baru ini.

Pelakon Hero Seorang Cinderella itu dinasihatkan untuk bersalin lebih awal kerana kedua-dua bayi kembarnya semakin besar dan mencecah 2.5 kilogram (kg) seorang.

Zizie akui agak bimbang dan perlu membuat persediaan mental untuk bersalin secara pembedahan tidak lama lagi.

Kakak kepada aktor Shaheizy Sam itu berharap agar segalanya dipermudahkan.

Rata-rata peminatnya mendoakan agar Zizie dapat melahirkan bayi kembarnya itu dengan selamat.

Just came back from my routine checkup at Prince Court. I was quite shocked when my gynae told me that I will have to deliver my babies very much earlier than the expected due date coz the babies are getting too big and crowded in my belly. Each approximately weighing around 2.5kg already!