BUAT julung kalinya trailer filem terbaharu The Lion King didedahkan pihak Walt Disney Studios hari ini.

Filem muzikal animasi ini kali pertama ditayangkan pada 1994 dan merupakan antara filem yang mencatat kutipan pecah panggung.

Beberapa selebriti tampil meminjamkan suara untuk filem ini termasuklah Beyonce Knowles, Daniel Glover dan Seth Rogen.

Filem The Lion King akan ditayangkan bermula 19 Julai 2019.