PELAKON Reza Hasbi memohon maaf secara terbuka selepas tular video pergaduhannya dengan seorang pengawal keselamatan di sebuah hospital di Sungai Buloh pada 16 Julai lalu.

BACA: Kereta Dibaling Penghadang Jalan... Alami Kecederaan Hidung & Tangan Kanan, Reza Hasbi Buat Laporan Polis

Kata Reza atau nama sebenarnya Mohamad Ridzuan Hasbullah, 30, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk berdamai dan menyelesaikan perkara terbabit dengan baik.

"Saya Mohamad Ridzuan Hasbullah dengan ini membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak keselamatan Hospital Sungai Buloh kerana memviralkan video pertengkaran saya dan pengawal keselamatan iaitu Encik Ag Mohd Noh Ag Samat.

"Saya memohon maaf kerana kekasaran bahsa saya semasa pertengkaran berlaku. Walaupun berlaku provokasi semasa kejadian namun saya mengambil pendekatan untuk memohon maaf kerana Encik Ag juga telah memohon maaf kepada saya atas kekasaran sikap dan bahasa semasa kejadian berlaku.

"Walau berlaku insiden tolak-menolak semasa kejadian namun tiada pihak yang mengalami kecederaan dan kami berdua bersetuju berdamai dan menyelesaikan perkara ini dengan baik.

"Sekali lagi dengan rendah diri saya memohon maaf kepada Encik Ag secara khusus dan pihak Hospital Sungai Buloh secara amnya atas sikap saya yang memviralkan video kejadian tersebut.

"Saya berharap dengan permohonan maaf saya secara terbuka ini perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik antara saya dan Encik Ag," katanya menerusi sepotong rakaman video semalam.

Memohon maaf secara terbuka kepada individu berkenaaan (security guard) serta pihak yang terlibat. Sekian terima kasih.

A post shared by Reza Hasbi Official (RH) (@reza.hasbi) on


Sebelum ini dalam rakaman video berdurasi 2 minit yang dikongsi di Facebook peribadinya, pelakon itu kelihatan bertekak dengan seorang individu di kawasan letak kereta di sebuah hospital.

Berlaku perselisihan faham ketika Reza sedang menurunkan isterinya di ruang kecemasan hospital terbabit hingga menyebabkan kedua-duanya bertumbuk.

Difahamkan, ketika kejadian Reza berada dalam keadaan kelam-kabut akibat isterinya yang mengalami pendarahan teruk dan keguguran.

Isteri kepada pelakon drama Dia Menantu Rahsia itu, Rosedarlila mengalami keguguran anak ketiga ketika kandungan mencecah 10 minggu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Susulan kejadian itu, pelakon filem Showdown itu telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh.