Selepas Malaysia dan Indonesia, filem animasi kembar nombor satu Malaysia, Upin Ipin akan meluaskan pasarannya ke negara China pula.
Usaha membawa Upin Ipin ke negara yang menawarkan pasaran perniagaan yang luas itu dicapai antara penerbit animasi berkenaan Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan Beijing Animation and Gaming Industry Association (Bagia).
Menurut Pengarah Urusan Les' Copaque, Burhanuddin Md Radzi, kejayaan usaha sama ini akan membuka satu lembaran baru kepada industri kreatif di Malaysia, dan menjadi ikutan memandangkan China merupakan satu pasaran besar yang sukar ditembusi penggiat industri global selama ini.
“Pada Ahad malam, kita telah mendapat kebenaran rasmi dari kerajaan China untuk menandatangani MOU bersama dan ini adalah kolaborasi bersama persatuan ini yang dinaungi lebih 250 buah syarikat filem animasi China di bawahnya.
“Kita akan tengok apa yang boleh dibuat bersama seperti filem animasi baru, pemasarannya dan tayangannya serta kita juga akan lihat bagaimana untuk mengadakan expo animasi untuk pasaran Asia Tenggara,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman dengan wakil dari di Shah Alam pada Isnin.
Majlis berkenaan turut disaksikan Pengarah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) yang baru dilantik Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Selain China, naskhah terbaharu Upin Ipin iaitu Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan ditayangkan di Indonesia dalam tempoh masa yang sama.
Azyyati Ahmad
Mon Mar 18 2019
Selain China, filem Upin Ipin: Keris Siamang Tunggal juga akan ditayangkan di Indonesia Mei ini.
Mohon secara rasmi jika mahu perkongsian strategik dengan MOT, JPJ - Loke
MOT tidak menolak perkongsian strategik dengan mana-mana pihak ketiga atau swasta untuk melakukan perkhidmatan bagi pihak agensi di bawah kementerian itu.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Piala Sumbangsih: Enggan kompromi soal keselamatan, Selangor FC nekad ‘tidak hadir’
Selangor FC berkata, keselamatan pasukan adalah perkara paling utama dan mereka memandang serius akan segala bentuk keganasan dan ancaman.
Malaysia dijangka tarik lebih banyak aliran masuk asing daripada pewarisan harta di Asia bernilai AS$1.9 trilion - SC
Malaysia dijangka dapat menarik lebih banyak aliran masuk asing dengan jangkaan pewarisan harta yang lebih besar daripada golongan berusia kepada generasi lebih muda di Asia.
KPN tidak cadang wujud talian 24 jam baharu tangani isu hina agama selain Islam
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) tidak bercadang untuk mewujudkan satu talian 24 jam baharu mengendalikan aduan berkaitan penghinaan terhadap mana-mana agama selain agama Islam.
Masyarakat perlu bangkit, beri tekanan kepada Israel - Nurul Izzah
Semua lapisan masyarakat harus bangkit dan memberi tekanan kepada Israel serta sekutunya untuk berhenti melakukan perkara yang menambah kesengsaraan kepada warga Gaza.
Ulama, pemimpin Islam perlu bekerjasama untuk perpaduan ummah - Mohd Na'im
Ulama, pemimpin dan saintis Islam perlu bekerjasama untuk mencapai matlamat perpaduan ummah dan menyelesaikan sebarang konflik yang timbul dalam masyarakat.
SRC alami kerugian disebabkan Najib - Bekas Pengarah SRC
Che Abdullah berkata Najib adalah pemegang saham tunggal serta penasihat emeritus syarikat dan beliau telah membuat keputusan untuk melaburkan RM3.6 bilion ke dalam syarikat itu.
AWANI Ringkas: Pengasingan kuasa Peguam Negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UK bina kemudahan bahan api nuklear berteknologi tinggi pertama di Eropah
Perdana Menteri Rishi Sunak berkata adalah penting bagi UK untuk membina loji pengayaan uranium untuk pasaran tenaga Eropah.
Kubur Upin Ipin dijumpai di Indonesia? 'Atok' beri penjelasan
Sebuah rakaman video di laman TikTok tular memaparkan dua kubur yang tertulis nama 'Upin dan Ipin' didakwa temukan di Sulawesi Tengah, Indonesia.
Kerajaan diminta ambil tindakan tegas terhadap lanun siber
Burhanuddin berkata kegiatan lanun siber kini dilihat agak membimbangkan dan beliau khuatir penerbit filem tidak berminat untuk menghasilkan karya selepas ini akibat kerugian yang dialami.
Habib, Les' Copaque lancar syiling emas Upin dan Ipin
Syiling emas yang ulung itu adalah sebahagian daripada inisiatif Habib #SokongLokal yang disasar memacu perniagaan tempatan.
'Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal' tidak ke senarai akhir Oscar, Les' Copaque tetap bangga!
Pihak terbitan Les' Copaque Production tetap berbangga berjaya disenaraikan dalam pencalonan awal.
Melaka cadang jadikan Upin & Ipin sebagai produk pelancongan
Kerajaan negeri Melaka bercadang menjadikan kartun animasi 'Upin & Ipin' sebagai antara produk pelancongan.
Elemen tempatan jadi kekuatan filem animasi Upin & Ipin raih anugerah peringkat antarabangsa
Elemen tempatan yang diterapkan menerusi filem animasi 'Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal' menjadi antara kekuatan filem tersebut.
Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal bakal popular di China
Syarikat China setuju labur RM600,000 untuk tayangkan filem itu di negara berkenaan.
Upin Ipin luaskan pasaran ke China
Filem animasi kembar nombor satu Malaysia, Upin Ipin, bakal menembusi pasaran di China bulan Mei ini.
Karakter Upin Ipin diangkat sebagai duta mahabbah - Maszlee
Beliau berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan mempromosikan budaya majmuk.
Kolaborasi Astro, Les' Copaque perkasa industri animasi
Astro jalinkan kolaborasi strategik dengan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. bagi memperkasakan industri animasi tempatan sekaligus menembusi pasaran antarabangsa.