AGENSI Konnect Entertainment menafikan khabar angin yang bertiup kencang berhubung dakwaan penyanyi, Kang Daniel telah berpindah keluar dari rumahnya di UN Village.

Kang Daniel dipercayai keluar dari rumah berkenaan selepas didakwa mengalami tekanan dengan berita mengenai hubungan cintanya dengan Jihyo Twice.

Menurut laporan media antarabangsa, agensi itu akan memastikan tiada sebarang perubahan yang berlaku meskipun penyanyi tersebut terpalit dengan kontroversi berkenaan.

"Gosip itu tidak benar, Kang Daniel tidak pernah berpindah keluar dari rumahnya di UN Village, bagaimanapun tentang kehidupan peribadinya, kami tidak boleh memberi sebarang kenyataan," kata agensi.

Tambah pihak agensi, ahli kumpulan Wanna One itu masih lagi menetap dirumahnya.