SELEPAS terpalit dengan pelbagai kontroversi melibatkan hak bagi watak Spider-Man bersama Marvel Cinematic Universe (MCU), produksi filem antarabangsa popular, Sony Pictures dikhabarkan sedang dalam perancangan untuk menampilkan watak Spider-Man yang diterajui wanita, dikenali sebagai Madame Web.
Menurut portal Collider, filem spin-off Spider-Man terbaharu itu masih dalam perancangan, namun Matt Sazama dan Burk Sharpless telah sah dipilih sebagai penulis skrip filem berkenaan.
Pemilihan penulis skrip itu berdasarkan kejayaan bersama menerusi filem adiwira Morbius the Living Vampire yang dijangka ditayangkan tahun depan.
Bagi mereka yang kurang mengenali watak Spider-Man wanita itu, sebenarnya Madame Web mula muncul dalam siri Komik Marvel sekitar tahun 80-an, The Amazing Spider-Man (Jilid 210).
Watak itu merupakan mutan yang pakar dalam meramal masa depan beberapa adiwira.
Madame Web bukan sahaja menjadi mentor kepada Peter Parker, malah mentor kepada generasi lain iaitu Spider-Woman.
Madame Web digambarkan sebagai seorang wanita tua yang lumpuh dan buta serta bergantung hidup kepada mesin seakan-akan sarang labah-labah.
Oleh kerana itu, Madame Web mengelak untuk berdepan dengan konflik fizikal, sebaliknya menghantar adiwira lain untuk melakukan tugas.
Sony yang kini mempunyai hak kawalan penuh terhadap watak Spider-Man dikatakan menarik perhatian penonton sekiranya menjadikan watak Madame Web sebahagian daripada garis masa anak didik dan sekutunya.
Afiq Ariffin
Fri Sep 27 2019
Madame Web digambarkan sebagai seorang wanita tua yang lumpuh dan buta dan dia bergantung hidup kepada mesin seakan-akan sarang labah-labah. -foto Twitter@screenrant
Malaysia, Thailand tingkatkan kerjasama perangi jenayah rentas sempadan
Kerjasama itu telah dibincangkan ketika mesyuarat dua hala beliau dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Thailand Anutin Charnvirakul pada Khamis.
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Lelaki bakar diri di luar mahkamah perbicaraan Trump meninggal dunia
Maxwell Azzarello didakwa menuang cecair mudah terbakar pada tubuhnya sebelum melemparkan risalah teori konspirasi ke udara.
PKR Sabah minta PM tumpu ikhtiar noktah kemiskinan tegar, isu dokumentasi
Tumpuan kepada ikhtiar menoktahkan kemiskinan tegar dan isu dokumentasi rakyat antara tiga cadangan khusus diutarakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah kepada Perdana Menteri.
Harga jualan maksimum benih padi sah program IBPS RM54, RM58
Harga jualan maksimum benih padi sah CL220 bagi program Insentif Benih Padi Sah (IBPS) ditetapkan pada kadar RM54 di peringkat pemborong dan RM58 di peringkat peruncit berkuat kuasa 15 April.
PN masih menunggu butiran memorandum mengenai peruntukan
Perikatan Nasional masih menunggu butiran memorandum persefahaman yang akan dikemukakan oleh Kerajaan Perpaduan selepas pertemuan antara kerajaan dan wakil Ahli Parlimen pembangkang baru baru ini.
Tun Hanif selamat dikebumi Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Allahyarham Tun Hanif Omar selamat dikebumikan jam 3.17 petang pada Sabtu.
Kekejaman Zionis: Rakyat Palestin terkorban melepasi 34,000 nyawa
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel kini melepasi 34,000 nyawa setakat Jumaat.
AWANI Ringkas: Keputusan kolektif MCA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angan-angan jadi kenyataan, Nas teruja ditawar watak Keluang Man
Nas seakan sukar untuk percaya yang dia terpilih menjayakan karakter animasi ikonik itu.
Filem 'The Flash' kumpul AS$55 juta dalam tiga hari pertama tayangan
Ia masih dianggap rendah mengikut standard filem adiwira di mana tayangan pertama kebiasaannya mencecah AS$100 juta.
Figura wira tempatan sorot sejarah penting negara
Pengumpul figura lazimnya memilih adiwira atau pelbagai siri animasi dari luar negara sebagai koleksi, namun berbeza dengan Mohamad Afiq Faiz Mohamad Amin yang menjadikan figura pakaian seragam tempat
Naskhah khas komik sulung Marvel cecah harga RM10 juta dalam sesi lelong
Pembida yang berjaya itu disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem.
Lindungi hak pemilikan: Marvel saman artis asal dan waris pencipta Spider-Man, adiwira lain
Saman sivil yang difailkan oleh Marvel bertujuan menyekat sebarang tuntutan hak dibuat oleh pengkarya asal.
'Ultraman' bantu edar Jalur Gemilang di SJR
Pengguna jalan raya yang melalui SJR di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu teruja kerana menerima bendera Jalur Gemilang daripada seorang lelaki yang mengenakan kostum Ultraman.
Penyumbang zakat 'adiwira' tidak didendang - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah setiap penyumbang zakat disifatkan sebagai 'adiwira' tidak didendang.
Marvel Studios lancar trailer terbaharu filem 'Black Widow'
Keterujaan peminat dalam menantikan filem terbaharu Marvel Studios, iaitu Black Widow, kembali memuncak dengan pelancaran trailer terbaharu filem itu, pada Sabtu.
Ms Marvel, watak adi wira Muslim pertama bakal ke kaca TV, layar perak
Pelakon bharu, Iman Vellani pada Rabu mengesahkan dia akan membuat penampilan sulung sebagai Ms Marvel, watak Muslim pertama dalam siri Marvel Cinematic Universe (MCU).
Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.