DENGAN sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri.
Majlis pernikahan bertemakan ‘pure forest garden featuring bohemian wood’ itu berlangsung di kediaman Shila di Cheras sekitar jam 6 petang hari ini.
Shila, atau nama sebenarnya, Nurshahila Amzah selamat diijabkabulkan dengan Haris Idraki Elias berwalikan bapa Shila sendiri, Amir Amzah Salleh.
Akad nikah disaksikan Ustaz Helmi Saadon dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Shila menerima mas kahwin RM888 daripada pihak lelaki namun jumlah hantaran yang dipersetujui keluarga tidak didedahkan.
Shila tampil bergaya dengan busana yang diilhamnya sendiri.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran 400 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dua mempelai ini.
Pihak pengurusan ANH Events dalam satu kenyataan berkata majlis resepsi Shila dan Haris akan diadakan pada 22 April ini di sebuah hotel terkemuka di Putrajaya.
Terdahulu, Shila dan Haris mengikat tali pertunangan pada 3 November lalu.
Nursyazwani Saiful Sham
Thu Apr 19 2018
Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah sah bergelar isteri kepada Haris. -Foto ANH Events
Majoriti Ketua Bahagian UMNO sokong afidavit Ahmad Zahid - Ahmad Maslan
Majoriti daripada 191 Ketua Bahagian UMNO menyokong usaha Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memfailkan afidavit tambahan menyokong petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tun Hanif selamat dikebumi di sebelah pusara anak
Jenazah Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, jam 3.17 petang Sabtu.
JKM tunggu siasatan lengkap polis sebelum ambil tindakan lanjut
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri bmengesahkan pihak JKM sudah menemui mangsa buli berusia lapan tahun dan kesemua yang terlibat untuk dirakam percakapan
Kerajaan komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - PM Anwar
Perdana Menteri percaya hubungan erat kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah yanmampu memainkan peranan penting dalam merealisasi hasrat tersebut.
Pemergian Tun Hanif kerugian buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammad Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Bekas KPN kelapan Tan Sri Musa Hassan menyifatkan Allahyarham sebagai ketua yang tegas dan amat peduli dengan pegawai bawahan ketika bersama PDRM.
Kompaun RM1.4 juta kesalahan merokok sepanjang Mac
KKM mengeluarkan 5,549 kompaun dengan nilai tawaran berjumlah RM1.4 juta pada Mac.
Jenazah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Ahli keluarga, saudara mara dan kepimpinan tertinggi PDRM dilihat sudah berada di tanah perkuburan tersebut.
Perincian lanjut, bersama Ridauddin Daud yang berada di lokasi.
Sultan Pahang zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Kerajaan Madani komited noktahkan kemiskinan tegar di Sabah - Anwar
Kerajaan Madani komited untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah walaupun memahami situasi itu agak rumit untuk diselesaikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
Tidak aktif kerana alahan, Shila Amzah umum hamil anak pertama
Shila Amzah berkongsi berita kehamilannya bersama teman rapat dan peminat di Instagram pada Ahad.
Kejutan Shila Amzah buat suami pada majlis resepsi
Majlis resepsi ini turut dimeriahkan dengan persembahan lagu Mandarin terbaharu Shila, If We Are Getting Old buat pilihan hatinya sebagai tanda penyatuan cinta mereka.
Shila Amzah, Haris selamat diijab kabul
Majlis pernikahan bertemakan indoor garden itu berlangsung di kediaman Shila, Cheras sekitar jam 6 petang hari ini.