Jenazah seniman negara, Tan Sri Jins Shamsuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ulu Kelang kira-kira jam 10.30 pagi tadi.
Jenazah allahyarham sebelum itu dimandi, dikafan dan disolatkan dua kali, di rumahnya di Kampung Pasir dan kemudian di Masjid Al-Ridhuan Ulu Kelang.
Majlis pengkebumian allahyarham dihadiri lebih dari 300 ahli keluarga, sahabat handai, teman seperjuangan dan jiran tetangga.
BACA: Kecekalan Jins Shamsuddin mencari ilmu, satu penanda aras buat anak seni
BACA: 12 fakta anda perlu tahu mengenai seniman legenda, Jins Shamsuddin
BACA: Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Antara orang kenamaan yang sempat memberi penghormatan terakhir adalah penasihat sosiobudaya kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.
Rakan seni yang hadir memberikan penghormatan antaranya Datuk Yusuf Haslam, Datuk Ahmad Nawab, Datuk M Nasir dan Datuk DJ Dave.
Jins Shamsuddin meninggal dunia petang semalam pada usia 82 tahun kerana sesak nafas.
Allahyarham meninggalkan balu, Puan Sri Halijah Abdullah dan tiga anak iaitu Jefri Jins, Putera Hang Jebat dan Putera Hang Nadim.
Sebelum itu, kesihatannya merosot sejak menghidap alzheimer pada 2011.
Terkenal sebagai 'James Bond Malaya', Allahyarham membintangi lebih daripada 40 filem dan turut mengarah sembilan filem sepanjang hidupnya.
Juga satu-satunya anak seni yang dilantik menjadi senator, allahyarham mewakili golongan itu di Dewan Negara sepanjang dua penggal dari 13 oktober 2004 hingga 11 Februari 2011.
Astro Awani
Thu Mar 02 2017
Jenazah Allahyarham dimandikan di kediamannya di Kg Pasir, Ulu Kelang sebelum disembahyangkan di Masjid Al Ridhuan dan dikebumikan. - Gambar Astro Gempak
PM Mustafa bentuk kabinet baharu Palestin
Kabinet baharu itu menjadikan gencatan senjata serta-merta dan pengunduran Israel dari Gaza sebagai keutamaan.
Tokoh Wartawan Negara, Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia
Ahmad Rejal, 84, merupakan bekas Ketua Pengarang Bernama dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Syamsul Yusof diharap teruskan projek filem Pasir Salak ilham Jins Shamsuddin
Aktivis sejarah Perak sandar harapan pada Syamsul untuk ulangi magis Mat Kilau pada Pasir Salak.
12 fakta anda perlu tahu mengenai seniman legenda, Jins Shamsuddin
12 fakta anda perlu tahu mengenai Allahyarham Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsuddin
'Sebutir lagi kerlip bintang negara telah sirna'
Netizen merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Petang Rabu yang mendung menjadi petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.
Jins Shamsuddin: Negara hilang legenda filem negara - Salleh
Malaysia kehilangan sebutir permata dalam industri filem negara dengan kembalinya ke Rahmatullah Seniman Negara Tan Sri Jins Shamsuddin.
Seniman legenda, Jins Shamsuddin meninggal dunia
Pelakon legenda, Tan Sri Jins Shamsuddin meninggal dunia di Klinik Idham di Taman Melawati di sini petang tadi.