FILEM One Two Jaga telah dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM30) yang telah berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.

Filem ini menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.

Selain itu One Two Jaga turut tercalon untuk 10 anugerah dan berjaya memenangi enam daripadanya.

Namun disebalik kejayaan ini, umum pastinya mengetahui kutipan jualan tiketnya tidaklah memberangsangkan ketika mula ditayangkan 6 September 2018.

Berita baik untuk anda yang teringin untuk menontonnya di pawagam, TGV cinemas telah melakukan tayangan semula bermula 4 hingga 10 April ini. Menariknya harga tiket kini hanya dijual pada harga RM5.



Perlu diingatkan, tayangan khas ini hanya ditayangkan di pawagam terpilih saja. Berikut adalah lokasinya.

TGV Cinemas Sunway Pyramid

TGV Cinemas Wangsa Walk

TGV Cinemas 1 Utama

TGV Cinemas Tebrau City

TGV Cinemas Bukit Raja

TGV Cinemas KLCC

TGV Cinemas Dpulze

TGV Cinemas Kinta City

One Two Jaga merupakan filem arahan Nam Ron dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Ario Bayu, Amerul Affendi dan Bront Palarae.

Filem ini berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.