Lapan tahun dahulu, rancangan ini sangat dinanti-nantikan oleh kanak-kanak setiap kali tiba hujung minggu.

Sudah pasti ia merupakan satu program yang mengisi masa terluang mereka untuk melihat gelagat rakan sebaya di kaca televisyen.

Selepas melabuhkan tirai pada 2011, program itu kini kembali menemui peminat cilik saluran Astro Ceria.

#TomTomBak merupakan sebuah rancangan yang mempersembahkan aneka bakat dan ragam si cilik.

Uniknya musim kali ini, program ini akan membawakan tiga segmen utama yang pasti mampu memenangi hati penonton.

Antara segmen yang mampu menarik perhatian ialah Ada Bakat, Jom Borak dan Ada Berani yang bukan sahaja mencabar bakat kanak-kanak yang membuat persembahan, malahan hos, tetamu-tetamu jemputan dan audiens di studio juga perlu beraksi di pentas utama apabila turut dicabar.

Datuk Aznil Nawawi akan kembali menggalas tugas sebagai hos.

Program akan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti terkemuka tanah air seperti Ramlah Ram, Kid Search, Ernie Zakri dan Alyssa (Ceria Megastar).

#TomTomBak akan mula bersiaran pada 6 September 2019.