Dengan sekali lafaz, pelakon Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran Kulcats, Mohd Izwan Johar, 32, sebentar tadi.
Menurut BH Online, majlis pernikahan tersebut berlangsung di Masjid Sultan Abdul Aziz Shah pada jam 9.20 pagi.
Nabila yang juga merupakan anak sulung kepada vokalis kumpulan Search, Amy kelihatan begitu anggun mengenakan busana berona putih sambil tersenyum manis.
Akad nikah tersebut disempurnakan sendiri oleh bapanya, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman dengan disaksikan jurunikah.
Mohd Izwan menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 beserta lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Walau bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan oleh pasangan tersebut.
Majlis pernikahan Nabila dan pasangan berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga serta teman rapat.
Sebelum ini Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008 sebelum berpisah tiga tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.
Gempak
Fri Dec 25 2015
Nabila yang juga merupakan anak sulung kepada vokalis kumpulan Search, Amy kelihatan begitu anggun mengenakan busana berona putih sambil tersenyum manis. - Foto Instagram
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
TikTok akan lancar pusat pilihan raya dalam talian untuk tangani maklumat salah
Impak media sosial ke atas pilihan raya adalah dibimbangi, dengan AI yang mampu membawa gelombang baharu maklumat salah dan palsu.
Allahyarham Jiman insan berjiwa besar - Amy Search
Amy tergamam terima berita pemergian sahabatnya, Jiman Casablancas.
Konsert Search Fantasia Bulan Salju, beri definisi 'berkelas'
Search beraksi cemerlang di konsert Fantasia Bulan Salju di Arena of Stars Genting Highlands!
'Ada persamaan dengan arwah Yazit' - Amy perkenal drummer baharu Search berusia 17 tahun
Naimi muncul buat julung kali beraksi bersama Search di Konsert Nusafest 2023 dekat Bandar Malaysia, pada malam Sabtu lalu menarik perhatian ramai.
'Lupakan cerita yang belakang tu' - Kembali berbaik, Amy rancang sesuatu dengan Awie
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 64, memberitahu dia membuat keputusan untuk melupakan segala sengketa dan bersahabat kembali.
'Kami dah rujuk, alhamdulillah' - Amy Search dan Awie berdamai, akhiri perang dingin
Awie mendedahkan hubungan mereka menjadi dingin bertahun lamanya selepas pemergian pemain dram Search iaitu Allahyarham Yazit Ahmad pada 2019.
'Saya sambut Aidiladha dengan papa' - Nabila Huda lega ibu pilih beraya dengan sahabat
Oleh kerana telah menyambut Syawal bersama keluarga suaminya, Mohd Izwan Johar di Singapura, dia memutuskan untuk berkampung di kediaman bapanya Amy Search.
Menjejak nostalgia kembara Search di Istana Budaya
Ahad ini, kumpulan rock legenda negara akan mengadakan konsert istimewa dalam pementasan Search Rock On 40.
Rock On 40: Kumpulan Search gegar pentas Istana Budaya 4 Disember
Kumpulan rock legenda, Search bakal muncul dalam Konsert Search Rock On 40 yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) pada 4 Disember ini.
Amy Search kini bergelar Datuk
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Sultan Johor terima kunjungan Amy, kumpulan Search
Amy turut mempersembahkan cenderahati berupa piring hitam album beliau, Gothik Malam Edan kepada Sultan Ibrahim.