BAGI anda yang meminati kumpulan Kpop sensasi EXO, sudah pasti mengenali salah seorang ahlinya iaitu Kai.

Kebanyakan peminat yang meminati penyanyi terbabit pelik mengapa dia tidak memuat naik sebarang gambar di laman instagramnya.

Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya buat peminatnya kerana sebelum ini Kai pernah mengejutkan peminatnya apabila dia menyahaktifkan akaun Instagramnya sebelum kembali aktif di media sosial tersebut selepas beberapa bulan.

Memetik laporan media di Korea, peminat setianya terus mewujudkan #WeMissKAI bagi menggesa anggota kumpulan EXO itu kembali aktif di Instagram.


Gerakan tersebut diwujudkan selepas Kai tidak memuat naik sebarang gambar mahu pun status memaklumkan perkembangan dirinya di laman sosialnya.

Peminat juga ingin memberitahu mereka merindukan penyanyi itu menerusi hastag tersebut.