ADA berita gembira buat peminat cilik siri animasi, Pinkfong.

Animasi musang merah jambu itu akan muncul dengan siri baharu berjudul Pinkfong Wonderstar.

Menariknya untuk siri kali ini, ia akan menampilkan watak baharu bernama Hogi yang merupakan seekor landak bijak seperti ensiklopedia, yang mahir menyelesaikan segala masalah.

Pada masa sama, untuk siri kali ini muzik temanya juga akan dialih bahasa ke dalam bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, Astro Ceria dan NJOI juga akan menganjurkan ‘giveaway’ (hadiah) istimewa dari 6 Ogos hingga 23 September.



Untuk maklumat lanjut, ikuti akaun @AstroCeria dan @Pinkfong.Malaysia di Instagram.

Siri animasi ini bakal menemui 'peminatnya' pada setiap Khamis dan Jumaat, pukul 12 tengah hari, bermula esok (6 Ogos 2020) di saluran Astro Ceria HD (CH 106) dan Astro Ceria (CH 126).