Penyanyi, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, cedera ditikam dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam cubaan samun di Taman Daya, Kepong, di sini pada Sabtu.
Menurut To'ki , ketika kejadian dia yang bersendirian baru sahaja selesai membeli perkakasan melukis di pusat beli-belah Selayang Mall.
"Kira-kira jam 8 malam semasa dalam perjalanan pulang dengan menunggang motosikal di satu selekoh, datang tiga lelaki menunggang dua motosikal menahan saya.
"Mereka cuba menghimpit saya ke tepi jalan sebelum menahan saya. Kemudian salah seorang lelaki terbabit mengugut supaya saya menyerahkan wang dan barang berharga," katanya kepada Sinar Harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, pada Ahad.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Biasan itu berkata, salah seorang lelaki terbabit secara tiba-tiba bertindak agresif dengan menikam tangan kirinya.
"Saya terus rebah sebelum dibantu orang awam yang segera membawa saya ke HKL. Alhamdulillah, hari ini saya sedikit sihat selepas selesai menjalani pembedahan pada jam 10 pagi tadi," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez yang meluangkan masa melawat penyanyi itu berkata, beliau mengambil berat kes berkenaan.
"Nasib dia (To'ki) tidak baik. Apa pun syukur dia selamat dibedah dan semoga dia cepat sembuh serta kembali aktif dalam bidang seni kerana buat masa ini To'ki masih terlibat dalam persembahan mingguan di beberapa tempat.
"Saya harap kerjaya seninya disambung. Sekiranya kita boleh bantu, kita akan laksanakan. Kita akan pantau dari segi pemulihan kesihatannya dan kerjayanya," katanya.
Sinar Harian
Sun Jun 09 2019
o'ki cedera di tangan kirinya selepas ditikam salah seorang lelaki yang dipercayai cuba menyerangnya di Taman Daya Kepong, Kuala Lumpur. - Foto Sinar Harian
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
'Tukar nama atau tubuh band tribute!' - Freddie Fernandez usul cadangan selesai kemelut XPDC
Pihak yang ingin meneruskan persembahan dengan lagu-lagu XPDC perlu mendapat keizinan dan restu sepenuhnya daripada kedua-dua kumpulan asal itu.
'Keterlaluan' - Freddie Fernandez komen kemelut babitkan kumpulan XPDC
Sebarang usaha untuk mewujudkan satu lagi kumpulan muzik dengan menggunakan nama dan genre yang sama hanya akan melahirkan versi tiruan yang merosakkan kualiti dan jenama.
Freddie Fernandez kekal terajui Karyawan
Datuk Freddie Fernandez kekal menerajui Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) bagi penggal 2023 hingga 2026.
Beri peluang kepada kepimpinan baharu Finas - Karyawan
Kepimpinan Zakaria Abd Hamid yang baru dilantik ke jawatan itu pada 23 Mei lepas, harus diberi masa bagi melaksanakan perubahan.
Penyanyi To'ki cedera ditikam penyamun
Penyanyi, To'ki atau nama sebenarnya Mohd Zaki Mansur, 52, cedera ditikam dan diserang sekumpulan lelaki dipercayai dalam cubaan samun di Taman Daya, Kepong.
Surat terbuka Presiden Karyawan berhubung perhimpunan Switch Off
Perhimpunan 'Switch Off' yang dicadang diadakan tidak mendapatkan sokongan Karyawan.
KARYAWAN tolak kempen Switch Off '14
KARYAWAN mengambil pendirian tidak menyokong kempen -Switch Off- yang dianjurkan oleh beberapa pihak dalam industri perfileman.