Pelakon filem KL Gangster yang direman 7 Februari lalu dibebaskan dengan jaminan polis hari ini selepas ditahan selama tiga hari kerana didapati positif dadah jenis ganja.

Selasa lalu, dia ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada jam 11 malam ketika hadir memberi keterangan berhubung dua laporan polis dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari.

Bagaimanapun, ketika diminta memberi kenyataan mengenai penahanannya hari ini, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu menjawab ringkas: "Maafkan saya, no komen. Saya penat, no komen."

Pelakon berusia 48 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan sehingga tiga tahun.

BACA: Pelakon filem ditahan polis akibat dadah

BACA: Pelakon filem KL Gangster direman tiga hari

BACA: Netizen hangatkan isu pelakon laung 'sayur, sayur satu kilo 3 4 ribu maaa'


Melalui laporan polis yang dibuat pada 31 Januari lalu, Farid Kamil, 37 tahun, mendakwa tiga rakan artis telah meletakkan dadah dalam minumannya.