AKTOR Brad Pitt dinobat Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Anugerah Akademi atau Oscars menerusi filem "Once Upon a Time in Hollywood."

Laura Dern pula terima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem "Marriage Story."

Turut diumumkan trofi filem Animasi Terbaik yang dimenangi "Toy Story 4."

Filem kisah perang "1917" pula menang sinematografi terbaik.

Sementara calon dari benua Asia, "Parasite" menang anugerah Lakon Layar Terbaik.




Acara gilang-gemilang Oscars sedang berlangsung ketika ini di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Berikut antara pemenang-pemenang Anugerah Akademi setakat jam 11 pagi:


1. Pelakon Pembantu Terbaik: Brad Pitt (Once Upon a Time in Hollywood)

2. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Laura Dern (Marriage Story)

3. Filem Animasi Terbaik: Toy Story 4 (Josh Cooley, Mark Nielsen & Jonas Rivera)

4. Lakon Layar Terbaik: Parasite (Bong Joon-ho, Jin Won Han)

5. Sinematografi Terbaik: 1917 (Roger Deakins)

6. Filem Antarabangsa Terbaik: Parasite (Bong Joon Ho)

7. Pengarah Terbaik: Bong Joon Ho (Parasite)

8. Filem Pendek Animasi: Hair Love

9. Lakon Layar Adaptasi: Jojo Rabbit

10. Filem Aksi ‘Live’ Terbaik: The Neighbors’ Window

11. Rekaan Produksi Terbaik: Once Upon a Time in Hollywood

12. Rekaan Kostum Terbaik: Little Woman (Jacqueline Durran)

13. Dokumentari Terbaik: American Factory (Steven Bognar, Julia Reichert, Jeff Reichert)

14. Dokumentari (Pendek) Terbaik: Learning to Skateboard in a Warzone (If You’re A Girl) [Carol Dysinger & Elena Anddreicheva]

15. Suntingan Suara Terbaik: Ford v Ferrari (Donald Sylvester)

16. Adunan Suara Terbaik (Sound Mixing): 1917

17. Suntingan Filem Terbaik: Ford v Ferrari (Michael McCusker dan Andrew Buckland)

18. Kesan Visual Terbaik: 1917 (Guillaume Rocheron, Greg Butler & Dominic Tuohy)

19. Solekan dan Dandanan Rambut Terbaik: Bombshell (Kazu Hiro, Anne Morgan & Vivian Baker)

20. Skor Asal Terbaik: Joker

21. Lagu Asal Terbaik: “(I’m Gonna) Love Me Again” (Rocketman)
Nyanyian oleh Elton John dan Bernie Taupin