Festival Filem Malaysia (FFM30) menobatkan One Two Jaga sebagai Filem Terbaik FFM30.

One Two Jaga merupakan filem arahan Nam Ron dan dibintangi oleh pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Ario Bayu, Amerul Affendi dan Bront Palarae.

Kejayaan One Two Jaga juga berjaya menumpaskan empat calon akhir lain iaitu Paskal The Movie, Guang, Dukun dan Vedigundu Pasangge.

Menerusi FFM30, One Two Jaga tercalon untuk 10 anugerah dan berjaya memenangi enam daripadanya.

Manakala filem Munafik 2 pula merangkul Anugerah Filem Box Office dengan jumlah kutipan sebanyak RM 37,797,423.00.

Mengangkat tema ‘Inspirasi Sinemaku’, majlis berprestij yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi telah dihoskan jayanya oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.


Berikut adalah keputusan penuh bagi kesemua anugerah yang dipertandingkan:

Filem Terbaik
One Two Jaga (Pixel Play Entertainment)

Pengarah Terbaik
Namron (One Two Jaga)

Pelakon Lelaki Terbaik
Rosdeen Suboh (One Two Jaga)

Pelakon Wanita Terbaik
Datin Seri Umie Aida (Dukun)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Nabila Huda (Makrifat Cinta)

Pengarah Harapan
Quek Shio Chuan (Guang)

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Eng Wei Jie (Rise Of The Legend: Lee Chong Wei)

Pelakon Wanita Harapan
Jaya Ganason (The Farm En Veettu Thottathil)

Pelakon Lelaki Harapan
Kyo Chen (Guang)

Anugerah Khas Juri 1
Paskal The Movie (Asia Tropical Films Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 2
Vedigundu Pasangge (Veedu Production Sdn Bhd)

Anugerah Khas Juri 3
Busker (Astro Shaw Sdn Bhd)

Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Seniman AR Badul

Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Habsah Hassan

Filem Box Office
Munafik 2 (Skop Productions Sdn Bhd)

Lakon Layar Terbaik
Amri Rohaiyat, Fared Ayam & Namron (One Two Jaga)

Sinematografi Terbaik
Yeong Tuck Wei (Guang)

Cerita Asal Terbaik
Pitt Haniff, Muhammad Syafiq & Namron (One Two Jaga)

Kostum & Busana Terbaik
Andy Sulaiman (Dukun)

Penataan Bunyi Terbaik
Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

Penataan Seni Terbaik
Chan Hsien Yu (Guang)

Kesan Khas Terbaik
Pixelpost (Dukun)

Penyunting Terbaik
Raja Affandi Raja Jamaludin (Dukun)

Skor Muzik Asal Terbaik
Nick Davis (Two Sisters)

Poster Terbaik
Jazzy Pictures (One Two Jaga)

Lagu Tema Terbaik
Atma Jiwa, Monoloque (Busker)