AHAD lalu, satu program khas untuk memberi penghormatan kepada lagenda muzik, mendiang Elvis Presley telah ditayangkan di saluran NBC sempena ’68 Comeback Special' penghibur terkenal berkenaan.

Rancangan muzikal tersebut menampilkan penghibur terkenal seperti Shawn Mendes, Ed Sheeran, Jennifer Lopez, Carrie Underwood dan banyak lagi untuk membuat persembahan di mana mereka menyampaikan lagu-lagu Elvis Presley seperti lagu “Trouble”,“Guitar Man”, “You’ll Never Walk Alone” dan banyak lagi.

Selain daripada menyanyi lagu “Trouble” dan “Guitar Man”, Blake Shelton yang merupakan hos pada malam tersebut juga turut menyampaikan persembahan medley bersama penyanyi-penyanyi yang lain.

Rancangan tersebut sebenarnya telah dirakam pada tahun 2018 sebagai penghormatan ulang tahun kemunculan semula Elvis ke-50, namun ia hanya ditayangkan pada 17 Februari lalu.

GALERI FOTO: Festival Elvis ke-26 di New South Wales, Australia

Selain daripada persembahan daripada penyanyi, rancangan ini juga menampilkan temu bual dengan ahli keluarga Elvis seperti Priscilla Presley, isteri kepada Elvis dan Lisa Marie Presley, anak tunggal Elvis.

Elvis disahkan meninggal dunia di dalam bilik mandinya pada 1977.

Kematiannya dikaitkan daripada masalah jantung.