Kumpulan rock heavy metal dari Los Angeles, Metallica mengesahkan akan membuat persembahan di Singapura dalam siri jelajahnya ke Asia pada Ogos ini.
Konsert yang akan berlangsung di Pusat Pameran Changi pada 24 Ogos itu merupakan konsert kedua Metallica di republik itu dalam masa 20 tahun.
"Tiket-tiket akan mula dijual pada Jumaat, 28 Jun pukul 9 pagi melalui www.sistic.org.sg dan pukul 10 pagi melalui agen-agen tiket," kata kumpulan itu di laman web rasminya pada Khamis.
Singapura adalah destinasi kelima Metallica di Asia tahun ini selepas Tokyo, Osaka, Shanghai dan Seoul. Konsert di Shanghai pada 13 Ogos nanti adalah yang pertama bagi Metallica di China dalam 31 tahun sejarahnya.
Bagaimanapun kenyataan penutup dalam pengumuman itu membayangkan akan ada beberapa destinasi lain yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
"Kita belum selesai lagi; nantikan pengumuman lanjut," kata pengumuman itu.
Astro AWANI difahamkan ada penganjur yang sedang berusaha untuk membawa Metallica ke Kuala Lumpur dan usaha itu dalam perbincangan akhir.
Media di Indonesia sebelum ini melaporkan ada usaha yang sama untuk menampilkan Metallica di Jakarta pada Oktober ini namun ada kemungkinan ia akan beraksi di Jakarta dalam siri jelajah yang sama pada Ogos nanti.
Ini berdasarkan kepada tempoh seminggu yang belum terisi antara konsert di Seoul pada 18 Ogos dan konsert di Singapura pada 24 Ogos.
10 Ogos: Tokyo
11 Ogos: Osaka
13 Ogos: Shanghai
18 Ogos: Seoul
???? Jakarta
???? Kuala Lumpur
24 Ogos: Singapura
Metallica pada Februari dan Mac lalu mengadakan konsert jelajah di lima bandar di Australia sebelum ke Cape Town dan Johannesburg di Afrika Selatan dan Abu Dhabi pada April.
Filem konsert Metallica dalam versi 3D yang berjudul Through the Never dijadual akan ditayangkan di pawagam IMAX di serata dunia mulai September ini.
Kumpulan muzik heavy metal yang dianggotai oleh James Hetfield, Kirk Hammett, Robert Trujillo dan Lars Ulrich itu merupakan artis keempat terlaris di Amerika Syarikat. Ia telah menerbitkan sembilan album studio yang sehingga ini telah terjual lebih 52 juta unit di Amerika sahaja.
Metallica pada tahun lalu menubuhkan syarikat rakaman sendiri yang diberi nama Blackened Recordings dan telah mendapatkan semula hak penerbitan ke atas semua album studionya.
Astro Awani
Fri Jun 21 2013
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Menteri harap Iron Maiden, Metallica kembali lagi buat konsert di Indonesia
Kemasukan artis antarabangsa boleh lonjak sektor pelancongan muzik.
Metallica salur bantuan AS$100,000 tangani kebakaran hutan California
Metallica berkata AS$50,000 akan disalurkan kepada dana Sonoma County, manakala selebihnya kepada dana Wildfire Relief.
Anthrax bakal tampil dalam konsert julung kali di tanah air tahun depan
Anthrax akan tiba di Malaysia untuk bertemu peminat buat julung kalinya pada 4 April 2020 sempena ulang tahun ke-30 album "Among the Living".
Kirk Hammet hilang iPhone berisi lagu baharu, rakaman album Metallica terjejas
Rancangan kumpulan metal terkemuka Metallica untuk merakam album baharu kini terjejas susulan kehilangan iPhone milik salah seorang anggota kugiran itu.
Kongsi kehebatan aksi #MetallicaKL malam ini
Peminat-peminat Metallica boleh memuatnaik kemeriahan konsert malam ini di laman sosial masing-masing dengan menggunakan hashtag #MetallicaKL.
Peminat beratur seawal 8 pagi beli tiket konsert Metallica
Rakyat Malaysia yang teruja dengan konsert Metallica yang bakal diadakan Ogos ini mula membeli tiket seawal 8 pagi hari ini.
Metallica di Singapura 24 Ogos; KL dalam rundingan
Metallica mengesahkan akan membuat persembahan di Singapura dalam siri jelajahnya ke Asia pada Ogos ini.