Mungkin ramai yang tidak tahu, anggota terkenal dari kumpulan pop remaja British, One Direction, Harry Styles disahkan oleh hasil penelitian sains sebagai mempunyai mata dan dagu paling cantik lagi sempurna di dunia, mengatasi aktor terkenal, Brad Pitt dan Will Smith.

Penelitian disahkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery dengan menggunakan kaedah Golden Ratio bagi mengukur bentuk simetri wajah seseorang, dengan tujuan mengetahui selebriti mana yang paling kacak di dunia.

Untuk dagunya pula, nisbah bagi kesempurnaan simetri wajahnya adalah 99.7 peratus daripada nisbah sempurna. Beliau mengungguli carta mata paling cantik di dunia menewaskan Will Smith dan Brad Pitt yang menduduki tangga ke dua dan ketiga.

Walau bagaimanapun, kategori hidung paling sempurna diungguli oleh aktor kelahiran Kanada iaitu Ryan Gosling dengan nisbah 99.7 daripada peratusan kesempurnaan.

Sementara itu, pemain bola sepak David Beckham dilihat sebagai manusia berwajah paling sempurna di dunia dengan kadar nisbah 96.4 dari kadar peratusan sempurna. Di bawahnya pula merupakan Ryan Gosling dan juga Brad Pitt.

Berikut adalah senarai ksempurnaan wajah yang dikeluarkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery.

Mata Paling Cantik di Dunia
1. Harry Styles 98.15%
2. Will Smith 97.75%
3. Brad Pitt 97.75%
4. George Clooney 94.8%
5. Idris Elba 93.65%

Dagu Paling Cantik di Dunia
1. Harry Styles 99.7%
2. Jamie Foxx 98.7%
3. David Beckham 98.6%
4. Idris Elba 98.5%
5. Ryan Gosling 97.4%

Hidung Paling Cantik di Dunia
1. Ryan Gosling 99.7%
2. George Clooney 99.6%
3. Prince William 89%
4. Bradley Cooper 87.9%
5. David Beckham 84.6%

Wajah Paling Sempurna di Dunia
1. David Beckham 96.4%
2. Ryan Gosling 93.8%
3. Brad Pitt 92.9%
4. Bradley Cooper 92%
5. Idris Elba 91.4%