Penyanyi Adele telah membatalkan dua persembahan terakhir dalam siri konsert jelajahnya di Stadium Wembley, London, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Ia berikutan masalah pada kotak suaranya.

Adele, 29, telah berjumpa doktor pada Jumaat dan dinasihatkan agar tidak meneruskan persembahan.

Biarpun telah menyelesaikan dua persembahan di lokasi sama, Adele mengakui dia bergelut dengan kesakitan untuk menghabiskan nyanyian.

"Saya sangat terkilan," tulis Adele di akaun Twitternya.

Penyanyi Adele telah membatalkan dua persembahan terakhir dalam siri konsert jelajahnya di Stadium Wembley, London, yang dijadualkan berlangsung hujung minggu ini.

Merupakan salah seorang penyanyi dengan jualan album terlaris di dunia ketika ini, Adele mengakui ada terfikir untuk meneruskan persembahan dengan melakukan miming (menggerakkan bibir).

"Saya tidak pernah melakukannya sebelum ini dan tidak tergamak melakukannya," katanya.

Jika persembahan yang dibatalkan itu tidak dijadualkan semula, peminat boleh menuntut bayaran balik.

Adele pernah membatalkan konsertnya pada tahun 2011 kerana masalah yang sama.